Pelakon kacak Syafiq Kyle tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja dengan primadona filem Melayu, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Kak Ogy dalam filem terbaru berjudul Pusaka.
Menurut Syafiq atau nama sebenarnya, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 27, dia tahu apa yang dimahukan oleh Kak Ogy ketika berada di set penggambaran.
"Saya tahu ada segelintir pelakon baru gerun mahu bergandingan dengan Kak Ogy kerana takut kena 'marah'. Sebenarnya, Kak Ogy tidaklah sebagitu dan marah tidak bertempat. Saya tiada masalah bergandingan dengan Kak Ogy
"Dia hanya mahukan pelakon yang benar-benar bersedia di set penggambaran. Dia seorang pelakon senior yang kaya dengan pengalaman, dia juga seorang pengarah... jadi dia tahu apa yang dikehendaki," katanya.
Syafiq juga mengimbas pengalaman 'dimarahi' oleh Kak Ogy ketika awal pembabitannya dalam industri lakonan.
"Saya telah terlebih dahulu telah 'dimarahi' oleh Kak Ogy. Masih segar dalam ingatan saya ketika bergandingan dengan Kak Ogy dalam sebuah telefilem sempena Hari Raya.
"Ketika mahu menjayakan babak dengan dia, tanpa sengaja saya menguap dan dia terus menegur saya. Dia mahu saya serius. Semenjak itu, saya sudah bersiap sedia dan mengambil perkara terbabit sebagai satu input untuk memperbaiki lakonan," katanya lagi.
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.