Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
HIBURAN

Tak Berganjak Depan TV, Ini Senarai Program dan Filem Best Tayangan Astro Hari Ini

Mya Amri 09/02/2020 | 04:10 MYT
Sempena hari Ahad ini sudah pasti korang sedang menanti program-program menarik di televisyen bukan?
Lebih-lebih lagi ini adalah masa korang nak habiskan cuti hujung minggu sambil bersantai dengan keluarga.
Malas nak keluar? Tak ada masalah kerana Astro menyajikan banyak program-program menarik untuk korang.
Antaranya, filem Munafik, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Pendekar Bujang Lapok, Senario Lagi, Maharaja Lawak Mega 2019 (final), Sepahtu Reunion Live 2020 (episod 4) dan maraton drama Jujurlah Nikahi Aku.
Tak cukup dengan itu, Astro juga turut menyajikan program-program dan juga drama hangat khas buat korang tau.
Tayangan adalah di saluran Astro Ria, Astro Prima, Astro Citra dan Astro Warna. Ha tinggal nak tekan butang remote pilih yang mana satu sahaja.
Berikut merupakan senarai program best tayangan Astro hari ini.
#Astro