Skip to main content

Budaya Popular

"Tak Pernah Lagi Seumur Hidup Letak Harta Untuk Bagi Ilmu Agama..." - PU Rizz

befunky-collage_420.jpg
Pencetus Ummah (PU) dan pelakon Rizz mendedahkan terdapat salah seorang krew produksi bertanya mengenai harga yang akan dikenakannya sebagai bayaran ceramah.

Menurut Rizz, pada mulanya dia beranggapan individu tersebut hanya bergurau senda namun sebenarnya ia adalah realiti.

Individu tersebut mendedahkan terdapat seorang ustaz yang meletakkan bayaran sebanyak RM 3,000 tanpa diskaun.

Luahan ini dibuat menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya.

"Semalam ada one of the production people call saya and they ask 'Ustaz, berapa ribu Ustaz letak harga kalau nak jemput datang tempat / tv saya?'

"Saya macam eh kenapa beribu. Ingat dia macam main-main je. Then she replied bukan main-mainlah kita tanya sebab ustaz **** harga dia RM3,000 no discount," tulisnya.



Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail akui terkejut apabila diberitahu kerana jemputan itu sebagai pendakwah bukan untuk menjual ilmu.

"Sepanjang saya hidup dalam duk buat dakwah ni tak pernah lagi seumur hidup letak harga untuk bagi ilmu agama.

"In fact she mentioned no discount. Malu kita mendengarnya, kita ni hadir sebagai pendakwah bukan nak buat duit jual ilmu.

"Kita berharap Allah balas dengan ilmu yang tak banyak ni.

"Sedih bila ada di antara mereka yang menampakkan begitu, ni pengalaman saya kadang mereka yang jemput kita tu memang in need of help.

"Bukan Allah suruh kita minta bayaran mahal-mahal faham tak? 

"RM3,000 ni tak masuk akal untuk masjid kuliyyah subuh atau di rumah anak yatim, come on la jangan jadi fitnah pada agama.

Be reasonable. What you doing is for the day-after. Minta banyak-banyak sebab you popular for what," luahnya lagi.








Tambah pelakon drama Selafaz Cinta ini, ia merupakan peringatan untuk dirinya dan semua yang bergelar ustaz selebriti.

"Ini peringatan yang baik untuk diri saya & semua yang bergelar "ustaz selebriti" ke whatever you call it!

"Its not haram for you to get some money, betul la nak bayar minyak and toll etc. 

"But remember your intention, what is the purpose you belajar dan sebar ilmu agama. Niat untuk siapa?" tulisnya lagi.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My two cents of view anda bagaimana? And that’s one of the reasons i act

A post shared by H A R I S I S M A I L (@pu_rizz) on

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video