Band Indonesia yang popular dengan lagu ‘Takkan Melupakanmu’, Radja bakal muncul dalam sebuah konsert yang akan berlangsung pada 5 Mei Depan.
Konsert ini diberi nama Konsert Radja Malaikat Cinta bersempena dengan nama single terbaru mereka.
Konsert Radja Malaikat Cinta ini akan berlangsung selama dua jam dan antara lagu yang bakal dipersembahkan adalah dari album pertama mereka sehinggalah lagu-lagu terbaru seperti ‘Jujur’, ‘Benci Bilang Cinta’, “Takkan Melupakanmu’, ‘Tulus’ dan banyak lagi.
Penganjuran konsert ini selaras dengan perkembangan band itu yang baharu sahaja selesai melancarkan single terkini mereka yang berjudul ‘Malaikat Cinta’ pada 19 Mac lalu di Jakarta, Indonesia.
Biarpun Radja kini bergerak secara indie, mereka terus aktif dan berjaya menjadikan single tersebut sebagai lagu runut bunyi sebuah sinetron di SCTV.
Konsert yang dianjurkan serta di terbitkan oleh Belbis Sdn Bhd bersama AV Group & Symphony Music ini bakal berlangsung pada Sabtu, 5 Mei 2018 bertempat di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur bermula 8.30 malam.
Tiket-tiket dijual dengan harga RM285 (VIP – duduk dan majlis ‘moktail’ sebelum konsert), RM215 (Platinum), RM165 (Gold), RM125 (Silver) dan RM85 (Bronze).
Tiket sudah pun dijual pada 21 Mac 2018 di www.airasiaredtix.com secara online.
Peminat juga boleh mendapatkan tiket melalui kedai muzik Rock Corner di The Garden Mid Valley, Victoria Music di Sg Wang dan Amcorp Mall serta Artists Gallery di Gurney Plaza dan Queensbay Mall .