Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Tak Terlintas Langsung Di Fikiran Saya Untuk Mengambil Orang Lain .." - Adrian Teh Pilih Hairul Azreen Untuk Teraju Filem Wira

Zulaikha Yusof 04/09/2019 | 03:40 MYT
Pengarah Adrian Teh akui pelakon Hairul Azreen adalah pilihan utama untuk berlakon dalam filem terbarunya, Wira.
Jelas Adrian dia berasa selesa dan seronok apabila bekerja dengan Hairul.
"Saya memilih Hairul sebagai teraju utama buat kali kedua untuk filem saya.
"Ketika saya membuat keputusan untuk menghasilkan filem Wira ini saya dah pasti untuk memilih Hairul sebagai pelakon saya.
"Tak terlintas langsung di fikiran saya untuk mengambil orang lain.
"Saya seronok bekerja dengannya sama juga dengan Hairul. Boleh dikatakan kami memang berjodoh," katanya kepada Gempak.
Adrian ditemui ketika majlis sidang media filem Wira yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur semalam.
Tambah Adrian dia kagum dengan kesungguhan Hairul terhadap bidang yang diminatinya.
"Bagi saya Hairul seorang pelakon yang sangat profesional.
"Tengok badan dia pun dah tahu. 'Body fat' dia kurang 3% semasa dalam tempoh menjalani penggambaran.
"Untuk mendapatkan tubuh badan seperti itu bukan satu perkara yang mudah.
"Dia seorang yang sangat dedikasi dengan apa yang dilakukan," tambahnya lagi.
Filem Wira menggabungkan pelakon dari Malaysia dan Indonesia antaranya Hairul Azreen, Fify Azmi, Henley Hii, Yayan Ruhian, Ismi Melinda dan ramai lagi.
Filem arahan pengarah Adrian Teh ini bakal ditayangkan pada 21 November 2019.
#Hairul Azreen #Wira #Adrian Teh