HIBURAN
"Takda Sekelumit Langsung Perasaan Kecil Hati..." - Ezuwan Ismail Jemput Rozita Che Wan Hadir Ke Pertujukan Fesyennya
Petang Ahad pereka fesyen Ezuwan Ismail melancarkan koleksi Raya yang bertemakan Rindu Lebaran bertempat di The Boulevard, Publika.
Sebelum ini ada desas desus Ezuwan bermasam muka dengan Rozita Che Wan atau Che Ta apabila Che Ta meninggalkan komen tentang nyanyiannya.
Pada satu entri di Intagramnya, Ezuwan Ismail meluahkan rasa isi hatinya selepas kontroversi yang agak lama juga antara mereka berdua.
"Lama saya berdiam tapi saya kira ini masa terbaik menjernihkan perkara sebenar.
Tiada sekelumit langsung perasan kecil hati atau kecewa dengan kenyataan Che Ta sebelum ini. Jujur i ols sayang u ols," tulis Ezuwan pada satu entri gambar dia bersama Che Ta.

Menurut Ezuwan, sememangnya adat berkawan ada turun dan naik, malah kawan yang baik juga yang telus dan jujur.
Che Ta yang ditemui ketika majlis pertunjukan fesyen petang tadi memberitahu bahawa apa yang ditulis sebelum ini hanyalah gurauan semata-mata.
"Tidak sangka pula Ezuwan ambil hati dengan komen saya," kata Che Ta.

Untuk membuktikan tidak ada sebarang masalah antara mereka berdua, Che Ta turut hadir memberikan sokongan kepada pertunjukan fesyen raya Ezuwan Ismail.

Serentak dengan pelancaran koleksi rayanya, Ezuwan bersama kumpulannya E1 yang dianggotai oleh beliau, Zulyasrani dan Ariff Imran turut melancarkan single lagu Hari Raya mereka.

Single yang bertajuk Rindu Lebaran tersebut adalah ciptaan komposer S. Atan dan liriknya pula ditulis oleh Siso Kopratasa. Mereka turut menyanyikan lagu tersebut pada pertunjukan fesyen Ezuwan Ismail.
Kredit Gambar: Instagram / Badrul Hashim