HIBURAN
"Takutlah Episod Akhir Malam Ni, Takut Ending Hanya Bahagia Di Mimpi Bukan Realiti" - Peminat Teka Kesudahan Drama Sweet Dreams!
Drama bersiri Sweet Dreams sudah sampai ke penghujungnya!
Karya yang menampilkan gandingan Ben Amir dan Mira Filzah ini ternyata mencuri hati ramai penonton.
Menerusi pemerhatian di laman Twitter, ramai peminat yang sedih kerana drama bersiri ini sudah sampai ke episod akhir.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalam pada itu, Michael Ang yang merupakan pengarah drama bersiri Sweet Dreams memberikan jaminan yang peminat tidak dapat menjangkakan apakah kesudahan drama bersiri itu.
Michael berkongsi sedutan episod akhir Sweet Dreams di laman Instagram miliknya.
"Salam semua! Belanja clip malam ni! Aku gerenti you tak boleh agak apa ending malam ni. Siapa dapat teka dengan tepat aku akan belanja dan bawa dia pergi dinner. Cuba teka. Love you all," tulisnya di ruangan kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata peminat berkongsi 'jalan cerita' mereka yang tersendiri sebagai penutup drama bersiri itu.

Ada juga peminat yang 'memarahi' Michael kerana bermain dengan jiwa mereka yang menggemari drama bersiri ini.
Selain Ben dan Mira, drama bersiri ini turut menampilkan lakonan Sean Lee, Datin Seri Nina Juren, Yuna Rahim, PU Azman, Yusuf Bahrin dan ramai lagi.
Drama bersiri ini diinspirasikan dari novel popular berjudul sama karya penulis Acik Lana.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Sweet Dreams setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Gunakan hashtag #dramaSweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.