Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Tapi Manusia Memang Macam Tu, Dia Ingat Benda Tak Baik Orang Buat Kat Dia Je" - Farah Lee Mesti Tengah Rindu Tu!

Badrul Hashim 30/04/2019 | 02:39 MYT
Bila berjauhan, memang menimbulkan perasaan rindu. Apatah lagi pada keluarga dan sanak saudara. Mungkin kerana itu Farah berkongsi video bersama anak-anak saudaranya di Instagram milik beliau.
"I'm their favourite auntie, not! Auntie ni yang paling suka layan dorang buat benda pelik-pelik, tapi auntie ni jugak yang paling suka bebel dan marah kehkeh.
"Sebab sayang la omma marah korang tau. Omma marah and bebel bila korang asyik tengok tablet, takde manner, takde sense of responsibility. So omma bebel la supaya korang jadi orang," tulis Farah.
Tambah Farah, setiap masa dialah yang menjadi makcik yang melayan anak-anak buah menari, main bola, terjun kolam, main tepung dan banyak lagi.
"Tapi manusia memang camtu, dia ingat benda tak baik orang buat kat dia je. So bila tanya dorang siapa auntie paling dorang sayang, hmmm.. Omma memang bukan jawapan.
"Hmm... Camtu aaa korang. Jangan harap dapat hadiah dari UK," seloroh Farah.
Menurut Farah, video yang dimuat naik ke Instagram tersebut adalah video genap setahun lalu, membuatkan dia rindu pada anak-anak buahnya.
Kredit Gambar: Instagram
#Farah Lee