HIBURAN
Tasha Manshahar Bakal Nikah Tahun Ini, Inikah Bakal Suaminya?
Penyanyi yang kini bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Melaka, Tasha Manshahar akhirnya mengakui telah bertunang pada tanggal 24 Disember lalu.
Majlis yang berlangsung di Kajang, Selangor itu diadakan secara tertutup dan pernikahan bakal dilangsungkan tahun ini.
"Kami berkenalan kira-kira setahun lalu dan akan berkahwin pada 2018.
"Tarikhnya sudah ditetapkan dan sekarang kami sudah membuat persiapan kahwin," katanya memetik laporan Berita Harian.
A post shared by EJA & SHAHRIL (@ejashahril) on
Tasha yang popular menerusi lagu Ragu-Ragu dan Bukan Aku itu memilih untuk berhenti daripada bidang nyanyian dan memberi tumpuan sebagai guru dan penceramah motivasi.
Jejaka yang bakal menjadi suami Tasha difahamkan berasal dari Melaka dan netizen mula mengandaikan individu itu ialah penyanyi dan pengacara, Fahrur Raqib Abdul Majid.
Raqib kini bertugas sebagai penyampai radio Zayan FM dan pernah menyertai rancangan Akademi Fantasia (AF9).
Raqib, 27, pernah menghasilkan single bersama kumpulan UNIC berjudul Bintang Syurga dan muncul dengan album sendiri, Luahan Rasa pada tahun 2014.
Selain itu, graduan Universiti Multimedia, Melaka itu juga pernah terbabit dalam beberapa program pengacaraan televisyen sebelum ini.
A post shared by #SALE10K (@raqsha.my) on
Raqib pernah menjadi juara Tilawah Al-Quran peringkat negeri Melaka pada tahun 2013 dan difahamkan mengusahakan jenama pakaian Raqsha bersama Tasha.
A post shared by EJA & SHAHRIL (@ejashahril) on
Sometimes all a person needs is a hand to hold and a heart to understand _ Credit : @leahenna_artistA post shared by نور ناديا نتشا محمد منشاهر (@tashamanshahar) on
A post shared by نور ناديا نتشا محمد منشاهر (@tashamanshahar) on
Olahan oleh: Amri Hassan Foto: IG @tashamanshahar, @raqibmajidA post shared by EJA & SHAHRIL (@ejashahril) on
Must-Watch Video