gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tak Tahu Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Antara Alasan Popular - JPJ
BERITA
Lelaki 75 Tahun Mahu Cerai Isteri Kerana Jatuh Cinta Dengan Wanita AI
VIRAL
Ustazah Asma’ Harun Tegur Trend S-Line, Menggigil Baca Ramai Buka Aib - “Nampak Seperti Gurauan, Hakikatnya Bawa Kerosakkan Akhlak & Maruah”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

“Terbaik Tuanku!” - Agong Turun Padang Beri Makanan Tengah Hari Pada Petugas Media

Azwa Rahman
Azwa Rahman
25/02/2020
08:27 MYT
Sponsor Banner
“Terbaik Tuanku!” - Agong Turun Padang Beri Makanan Tengah Hari Pada Petugas Media
Yang di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencuri perhatian wargamaya apabila turun mencemar duli menyampaikan makanan tengah hari kepada petugas media.
Menerusi laman Twitter Sinar Harian, Tuanku menyampaikan sendiri makanan tengah hari yang berupa makanan segera McDonald’s kepada petugas-petugas media di luar Istana Negara tadi.
“Yang di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyampaikan makanan tengah hari kepada petugas-petugas media di luar Istana Negara hari ini,” tulis pengendali akaun terbabit menerusi satu kicauan.
Yang di Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menyampaikan makanan tengah hari kepada petugas-petugas media di luar Istana Negara hari ini.- FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM#sinarharian pic.twitter.com/aydKcRuTzB
— Sinar Harian (@SinarOnline) February 25, 2020
Menerusi kicauan tersebut juga turut disertakan sekeping foto Tuanku memakai baju kemeja berwarna biru dan turut meluangkan masa berbual bersama para media yang bertugas.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya memuji tindakan pihak istana yang prihatin pada petugas media.
“Terima kasih Tuanku sekeluarga. Semoga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang-Nya,” kata seorang wargamaya.
“Arghhh! Rakyat Marhaen jeles weh! Kelmarin KFC hari ni McDonald’s. Tahniah petugas-petugas media. Syukuri nikmat rezeki itu. Semoga Allah SWT limpahi kurnia merahmati KBDYMM YDA Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Amin,” tulis seorang wargamaya.
“THIS IS OUR KING!!!! Terbaik Tuanku,” puji seorang wargamaya.
“Wow semalam KFC hari ni mcd, kalau sampai hari Jumaat rakan media masih kat depan istana, mesti Agong belanja TGI Friday pulak,” usik seorang wargamaya lagi.
Semalam, petugas media turut menerima KFC sebagai makanan tengah hari yang diserahkan sendiri oleh pihak istana.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#Agong
#Media
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement