HIBURAN
Terpalit Kontroversi Pelacuran, YG Entertainment Putuskan Kontrak Eksklusif Dengan Seungri
Agensi kumpulan K-pop terkenal BIGBANG, YG Entertainment mengambil keputusan untuk memutuskan kontrak eksklusifnya dengan Seungri.
Berita itu dimaklumkan oleh YG Entertainment menerusi satu kenyataan rasmi sebentar tadi.
“Hello, ini adalah YG Entertainment. Bermula dengan kes penyerangan di kelab malam yang melibatkan Seungri, pelbagai kecurigaan dan kontroversi muncul.
“Kami ingin memohon maaf kerana menyebabkan banyak masalah kepada ramai orang termasuklah peminat.

“Berhubung dengan kenyataan pengunduran diri Seungri yang ingin bersara dari dunia hiburan pada 12 Mac lalu, YG Entertainment bersetuju dengan permintaan tersebut dan memutuskan untuk mengakhiri kontrak eksklusifnya.
“YG mengakui sebagai sebuah syarikat pengurusan, kami tidak dapat menguruskan artis kami dengan baik dan kami akan memperbaikinya.
“YG menyedari perlua adanya reformasi secara meluas dan berjanji akan meletakkan sepenuh usaha untuk mencapai perubahan yang lebih baik,” jelas kenyataan berkenaan.

Terdahulu, nama Seungri dikaitkan dengan skandal rasuah, penggunaan dadah terlarang, pelacuran dan lain-lain.
Seungri juga dikatakan terlibat dengan pengedaran dadah di kelab peribadi miliknya, Burning Sun yang memperlihatkan dia bertindak sebagai pegawai eksekutif.
Selain itu, Seungri didakwa menjadi orang tengah aktiviti pelacuran untuk golongan ternama.
Sumber: Soompi / Allkpop