Skip to main content

Budaya Popular

"Thanks To Remy Ishak Yang Selalu Humble" - Zarina Zainuddin Puji Layanan Remy Terhadap Anaknya

01.jpg
Siapa yang tidak kenal dengan Zarina Zainuddin yang selalu berkongsi cerita tentang anak-anak istimewanya di Instagram.

Ketabahan dan kasih sayang beliau sebagai seorang ibu menjadi inspirasi ramai.

Dalam satu entri di Instagramnya, Zarina mengimbau kembali kenangan ketika penggambaran sebuah drama bersama Remy.

"Remy mengusik cakap kat Azal awak kerja dengan Abang Remy lah ya, jadi PA abang.

"Azal senyum dan berkata heiii tapi Azal PA to Zarina Zainuddin only," tulis Zarina mengimbas kembali.

Sambil tersenyum Remy memberitahu Zarina beruntung mempunyai anak syurga.

"Azal seorang anak yang jujur dan baik. Dia selalu mengalah untuk adik abangnya.

"Dia pandai bawa diri dia walau ke mana dia pergi," jelas Zarina.
 

Tulis Zarina lagi, untuk orang yang tidak mengenali Azal, dia sememangnya menyukai orang-orang yang popular dan menghafal nama-nama model, pelakon serta termasuk ahli politik.

Ucapan terima kasih Zarina buat Remy kerana layanannya yang mesra buat anaknya itu.

Untuk orang yang mengenali Remy juga pasti tahu bahawa beliau memang seorang pelakon yang humble.

Advertisement

Must-Watch Video