HIBURAN
“Tu Rambut Ke Samyang” - Rambut Baru Ismail Izzani Dikritik Netizen
Penyanyi Ismail Izzani menerima maklum balas kurang enak daripada netizen apabila memuat naik sekeping foto rambut terbarunya di Instagram.
Berkongsi foto tersebut kurang 24 jam yang lalu, rambut Ismail kelihatan berbeza daripada rambut-rambut terdahulu apabila dia membotakkan bahagian bawah dan atasnya dibiarkan berombak.
Hanya segelintir netizen sahaja yang gemarkan stail rambut terbaru itu namun rata-rata yang lain mengkritik penampilan penyanyi berusia 19 tahun itu.
Ramai yang mempersoalkan kenapa stail itu yang dipilihnya.
Tidak kurang juga yang merasakan stail itu buruk dan menyatakan gaya itu tidak boleh dibawa oleh Ismail.
@ahmad.adly: Baikkk macam samyang.
@shamsulsamm_: Tak sume kene dengan rambut style ni. Antaranya kau lah.
@dayahshrl: Allahuu rambut tu is
@_h.aqilah: Buruklah rambut macam tu.
@anggntrchyutmi: Alaaa nak rambut lama.
Meskipun ada yang menyukai perubahan terbaru Ismail ini, ada juga beberapa pendapat yang mahukan rambut Ismail seperti gaya sebelum ini, kerinting namun kemas.
Foto itu sehingga kini telah mendapat 50,000 likes di Instagram.