Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

"Tua-Tua Pun Elok" - Reaksi Netizen Apabila Hael Husaini Sahut Cabaran Age Challenge

Asraf Aided 17/07/2019 | 11:12 MYT
Penyanyi popular, Hael Husaini berkongsi wajah tuanya yang disunting sempena cabaran #agechallenge.
Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"31-80 anak 13 #agechallenge," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif, ada yang memuji Hael masih kelihatan kacak walaupun wajahnya disunting menjadi tua.
"Tua tua pun elok, macam mana?
"Tua pun ok..tetap handsome.
"Tetap manis," tulis netizen.
Selain Hael, antara artis lain yang turut berkongsi wajah tua mereka adalah Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Radin, Bunga Citra Lestrari dan ramai lagi.
#Hael Husaini #Age Challenge