Skip to main content

Budaya Popular

Tun M Teruja Jamal & M.Nasir Bikin Konsert

jamaltun.jpg
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mengakui beliau teruja apabila mengetahui dua nama besar dalam bidang nyanyian, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M.Nasir menjayakan Konsert Duo yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 20 hingga 23 Dis, nanti.

Dr Mahathir berkata beliau turut merasa bangga kerana diminta menjadi penaung konsert tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang menulis kata-kata aluan sempena konsert tersebut.

"Saya yakin konsert ini akan menjadi kenangan yang berkekalan kepada peminat-peminat muzik tanahair yang berpeluang untuk menyaksikannya.

"Saya juga percaya, rakyat Malaysia secara umumnya akan dapat menghargai kedua-dua insan seni ini yang berjaya mencapai kemuncak kerjaya mereka menerusi usaha gigih dan kerja kuat mereka semdiri," kata Dr Mahathir menerusi kata-kata aluan Konsert Duo Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M.Nasir.

Selain dua lagenda seni ini, Konsert Duo ini juga bakal menampilkan segmen khas dimana, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali bermain piano mengiringi Jamal dan M.Nasir.

Pada 1996, dua patah perkataan, "Siapa Mahathir?" yang diucapkan oleh M.Nasir pernah menjadi kontroversi dan menyebabkan komposer dan penyanyi tersohor itu digam di radio dan televisyen pada tahun 1996. Pihak media difahamkan M.Nasir terpaksa menanggung padah akibat respon berkenaan - bekalan elektrik di rumahnya dipotong dan konsert beliau yang dijadualkan berlangsung di Kedah dan Selangor dibatalkan.

M.Nasir dianggap  kurang ajar terhadap Dr Mahathir yang ketika itu merupakan perdana menteri keempat.

Sumber: Astro Awani

Must-Watch Video

Advertisement