HIBURAN
[VIDEO] : "Memang Kita Kena Tunggang Agama Pun..." - Buka Cerita Cerai Dengan Isteri Pertama, Da'i Farhan Beri Pesanan Kepada Adik
Pendakwah sensasi Da'i Farhan membuka kisah perceraian dengan isteri pertamanya yang sedang sarat hamil, Fatin Nurul Ain Mat Aris.
Ditemui di Astro Bukit Jalil selepas tampil sebagai tetamu program bual bicara Mingguan Wanita siang tadi, Farhan turut memberikan pesanan kepada adiknya.
Adik Farhan, Nik Fatma Amirah meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan abang kandungnya menceraikan isteri pertama.
Semuanya anda boleh saksikan dalam video temu bual di bawah bersama:
Sebelum ini tular kisah peribadi Farhan apabila dia mengumumkan telah mengahwini seorang janda anak lapan di Makkah.
Perkahwinan itu didakwa tidak mendapat restu isteri pertamanya namun kenyataan telah disangkal oleh Fatin.
Pendedahan pernah didampingi oleh 18 wanita yang menawarkan diri untuk menjadi isteri Farhan kembali mencetuskan ketegangan di media sosial.
Dan terbaharu, seorang peguam wanita mendedahkan Farhan telah menceraikan Fatin menerusi aplikasi WhatsApp dan terbang ke China bersama isteri keduanya.
Fatin turut mengaku telah diceraikan Farhan menerusi WhatsApp pada 3 Disember lalu.