Filem Pusaka menerima respon yang sangat baik dalam kalangan peminat filem Malaysia.
Karya arahan sutradara Razaisyam Rashid ini menjadi sebutan ramai pencinta karya tempatan kerana kehebatannya yang berada dalam kelas tersendiri.
Filem ini juga meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam masa empat hari tayangan!
Lebih manis, filem ini juga berada di kedudukan pertama carta Top 10 Movies @ GSC menewaskan filem-filem Hollywood lain!
Menerusi pemerhatian Gempak di laman sosial Twitter, ramai penonton yang sudah menyaksikan filem ini di pawagam mahu menontonnya semula!
best gila!! plot twist dia emmm? nak repeat pusaka lagi! ??
— asyá (@natasyadina_) November 6, 2019
Nak repeat pusaka lah kalau camni
— ? (@Shafareena_) November 6, 2019
Haha bila tengok pusaka haritu, bila dengar je bunyi guli semua bercakap dia dah datang dah. Haha tiap kali dengar guli aku get ready dekat dengan su, tutup mata bukak sikit sikit. Hahaha sbb tahu akan terkejut. Best nak mams. Nak repeat!!! #pusaka
— Tira (@athirahares) November 6, 2019
Honestly review, cerita #pusaka tu best teroxx. Unexpected plot twists and the best horror movie so far. I would give 10/10 and will repeat again for sure. Well done ??
— Teahhh ? (@fatihahyusri) November 5, 2019
Lagi best sebab ada @iSyafiqKyle ?
Dear @iSyafiqKyle , i'll repeat this again and again . The best filem and the best character ever?? capik menang award pun menangis , ni kan pula tengok watak Insp. Anuar ? goodjob !!! #Pusaka @SkyloversSk pic.twitter.com/7bOrcrIvGf
— ηαιηα (@ainanazira11) November 5, 2019
Sumpah best gile pusaka, jln cite best gile! Rse cam nk repeat byk lagiiiii, dri dlu minat capik, tapi x pnh jumpe! Tah bile nth leyh jumpe ?❤@iSyafiqKyle
— Atiqahzaili (@atiqahzaili) November 5, 2019
Aku nak repeat tengk cerita pusaka sape nak join meh lah gi sekali?
— frdswhuut (@hap12al) November 3, 2019
Done tengok #pusaka sampai dua kali!!!
— husna ali (@UnaAli) November 2, 2019
Padu wehhh..
Sampai marka kami tak jadi nak tido. Hat tu moment plg piawww habaq hgpaa..
Mgkn repeat kali ke-3!
#pusaka it will be must watching movie for year 2019
— manja_sephia (@sarahaisyah84) November 2, 2019
Berbeda dengan filem mistik sebelum2 ini.. Bukan klise
Rasa nak repeat weh
Congrats @Razaisyam @iSyafiqKyle and team #pusaka pic.twitter.com/tjgWtJzptb
Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.
Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.
Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!
Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.