HIBURAN
"Wow Putihnya.." - Foto Ketiak Elizabeth Tan Undang Komen Nakal Netizen
Penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan mencuri perhatian netizen menerusi sekeping foto memakai singlet hitam di Instagram (IG) miliknya.
Menerusi foto tersebut, Elizabeth atau lebih mesra dipanggil Lizzy kelihatan melakukan satu ‘pose’ untuk mempromosikan deodoran.
Rata-rata peminat memberi tumpuan kepada ketiak Lizzy yang berwarna cerah itu berbanding produk yang dikongsinya.
Malah, ada segelintir pengikut terutamanya kaum lelaki bertindak meninggalkan komen nakal.
"@__aaronhaziq__: Jangan zoom, degil la korang ni."
"@nikudorei: Wow! Clean shaved."
“@mfahmi_98: Wow putihnya ketiak."
"@farishizam7_: Lain macam."
“@aizzazimm: Tunjuk ketiak pulak kenapa.. Saja ja tau dia ni."
Foto yang dimuat naik oleh Lizzy telah mendapat lebih 55,000 tanda suka, selain lebih 500 komen.