Skip to main content

Budaya Popular

“Ya Allah, Putih Gebunya” - Niena Azman Dedah Wajah Anak, Netizen Puji Comel Sungguh

niena-azman-wajah-baby.jpg
Buat pertama kalinya isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody, Niena Azman mendedahkan wajah putera sulung mereka yang dilahirkan semalam.
 
Niena memuat naik foto itu menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya.
 
Foto tersebut merakamkan wajah Niena tersenyum sambil memerhatikan anaknya yang sedang tidur.
 
“Alhamdulillah, nothing much to say. Speechless,” tulisnya.
 
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan anak sulungnya itu.
 
“Tahniah kak @niena_azmann, putihnya baby!” komen @syaa.sf
 
“SubahanAllah, MasyaAllah, fresh betul baby baru lahir, tahniah untuk kamu berdua,” tulis @eszdyana
 
“Ya Allah, putih gebunya,” coret @norfazielarosli

Terdahulu, Niena selamat melahirkan putera sulung secara normal pada jam 9:34 malam tadi (14 Januari 2019).
 
Foto: Instagram @niena_azmann
 

Advertisement

Must-Watch Video