Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Yak Yak Yea! Video Teaser 17 Puasa Dari Mamat Khalid Ini Bikin Peminat Tak Senang Duduk

Hanafis Haris 19/04/2019 | 10:40 MYT

Beberapa minggu lalu, pengarah dan pelakon Aziz M. Osman telah memuat naik gambar bersama pelakon asal 16 Puasa di Twitter.

Teruja dengan foto tersebut, maka ramailah peminat setia telefilem itu meluahkan rasa teruja.

BACA: "Kami Kembali! #yakyakyeaaa" - Telefilem 16 Puasa Bakal Menemui Anda Tidak Lama Lagi

Terbaru, pengarah dan sutradara Mamat Khalid pula memuat naik video teaser telefilem terbabit yang kini berjudul 17 Puasa.

Video berdurasi 49 saat itu menunjukkan beberapa pelakon sedang menunggu juadah 'berbuka puasa' seperti mana mereka lakukan pada 16 Puasa sebelum ini.

Antara yang kelihatan termasuk lah Aziz M.Osman, Mohd Sharwani Hamad Hadi, Ngasrizal Ngasri dan beberapa lagi pelakon lain.

Seperti kebiasaan, ramai peminat yang tak sabar menanti buah tangan terbaru Mamat selepas menonton video terbabit.

Ini antara komen mereka.

#mamat khalid #Telefilem #16puasa