HIBURAN

"Yang Kaya Adalah Mak, Serius Takde Satu Sen Pun .." - Cik B

Zulaikha Yusof 16/05/2019 | 05:00 MYT
Anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 14, menjawab soalan peminat menerusi 'ask me question' di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menurut Cik B dia bukan seorang yang kaya kerana yang mempunyai duit adalah ibunya.

"Cik B tak kaya..Yang kaya adalah mak Cik B serious Cik B takde satu sen pun dalam pocket Cik B.

Tambah Cik B dia akui berasa malu untuk meminta sejumlah wang daripada ibunya untuk membeli barang.

"Cik B pun rasa malu kalau nak mintak mama duit nak beli barang.

"Cik B taknak kalau Cik B mintak sekali pastu ulang banyak kali sebab kadang-kadang Cikb pun tamak," tulisnya lagi.



Akaun Instagram miliknya, @cikb_havoc66 mengumpul 325,000 pengikut dan Cik B sering melayan peminatnya di laman sosial.
#Datuk Seri Vida #Datuk Seri Vida #Cik B