HIBURAN
"You Want A Partner, Not A Project" - Peringatan Noor Nabila Untuk Wanita Di Luar Sana
Semua orang kenal dengan usahawan terkenal Noor Nabila Mohd Noor, yang merupakan kakak kepada pengacara Neelofa.
Terbaru di Instagramnya, Nabila memuat naik satu entri yang memberikan peringatan kepada wanita di luar sana.
"Women, you are not rehabilitation centers for badly raised men. It is not your job to fix him, change him, parent him or raise him.
"You want a partner, not a project," tertulis catatan pada entri tersebut.
Secara kasarnya kalau diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia, Nabila memberitahu kepada wanita bahawa mereka bukanlah menjadi tempat pemulihan untuk lelaki yang dibesarkan dalam keadaan yang teruk.
Bukan tugas wanita untuk membaik pulih mereka, menukarkan mereka, menjadi ibu bapa kepada mereka atau membesarkan mereka.
"Anda memerlukan teman bersama, bukan satu projek," kata Nabila.

Tidak diketahui sama ada apa yang ditulis oleh Nabila itu sebagai satu yang rambang sempena menyambut Hari Wanita beberapa hari lalu, atau berkaitan dengan kisah hidupnya.
Menurut cerita yang hangat diperkatakan sebelum ini, perkahwinan Nabila melalui fasa dingin namun tidak ada yang pasti kerana kedua-dua belah pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Noor Nabila berkahwin dengan Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Jebat Jayden.
Sejak kebelakangan ini Instagram Noor Nabila hanya dipenuhi gambar-gambar anaknya dan tiada lagi gambar bersama suaminya.
Begitu juga dengan Instagram Sharnaaz yang lebih banyak bercerita tentang Jebat dan juga perasaan serta luahan hatinya.
Kredit Gambar: Instagram