HIBURAN
“Zamani Kahwin… Aku Nak Nangis” – Reaksi Netizen Bila Zamani Slam Dah Bergelar Suami
Berita gembira mengenai perkahwinan vokalis kumpulan Slam, Zamani dengan gadis pilihan hatinya Nur Juliana Abdul Rani ternyata mengejutkan peminat.
Perkhabaran tersebut mengundang reaksi netizen yang rata-ratanya gembira apabila penyanyi kesayangan mereka ini akhirnya sudah bertemu jodoh.
Paling menarik apabila ada netizen yang meluahkan rasa gembira dengan membuat kapsyen lucu di media sosial.
Antaranya:
Zamani da kahwin. ? tak sedih la, happy pic.twitter.com/lERfyTVnEE— amirahyasmin (@watevacrazygirl) September 20, 2019
zamani dah kahwin. aku nak nangis?— Ummu (@ummukhairah) September 20, 2019
Terdahulu, Zamani dan Juliana selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz malam tadi (Jumaat).Abang zamani slam dah kahwin,takkan aku tak jumpa gadis idaman,kahkah! #LawakDiPagiHari #KekasihTenggelamDiSebalikJerebu— Remy Aswad (@AswadAzizan) September 21, 2019
Difahamkan pasangan yang telah berkawan hampir 14 tahun ini bakal menunaikan Ibadah Umrah bersama-sama tidak lama lagi.
Must-Watch Video