Penggunaan pembayaran secara elektronik kian popular dalam masyarakat kita. Apa sahaja benda yang tidak boleh dibayar menggunakan kaedah pembayaran elektronik atau lebih mesra kita panggil sebagai e-payment. Bil, makanan, pakaian, keperluan asas, perkhidmatan, semuanya boleh dibayar menggunakan e-payment.

Apabila semakin banyak perkhidmatan dan urus niaga menawarkan kaedah e-payment, ‘cashless society’ kita juga menunjukkan perkembangan yang positif.

Tambah-tambah lagi dalam suasana pandemik, pembayaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, di mana-mana jua anda berada.

Menerusi e-payment, anda boleh menggunakan tiga kaedah pembayaran yang ditawarkan oleh kebanyakkan institusi perbankan di luar sana.



1. Pindahkan wang dengan DuitNow Transfer, hanya guna nombor telefon.

DuitNow Transfer merupakan perkhidmatan perbankan yang membolehkan pengguna membuat pindahan wang kepada individu lain dengan segera menerusi perbankan internet atau perbankan mudah alih menggunakan nombor telefon.

Anda hanya perlu log masuk ke perbankan internet anda, masukkan nombor telefon penerima atau ‘search’ daripada senarai nombor telefon, sahkan maklumat penerima dan transaksi anda, klik butang hantar.

Ingat, lebih banyak pindahan DuitNow yang anda buat (urus niaga minimum RM10), lebih cerah peluang anda untuk memenangi hadiah wang tunai bulanan sebanyak RM10,000!

Bagi anda yang belum pernah menggunakan DuitNow, inilah masanya. Cara mendaftarnya mudah sahaja. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut secara terus di bank masing-masing anda. Untuk kemudahan semua: Maybank, CIMB dan RHB.

2. Buat pembayaran online shopping anda dengan FPX

FPX pula adalah satu platform transaksi kewangan secara dalam talian yang menghubungkan antara bank-bank dalam urusan pembayaran melalui internet. FPX selalu digunakan untuk membayar sebarang pembelian barangan secara dalam talian.

FPX membolehkan anda membayar pembelian dalam talian dengan menolaknya daripada akaun semasa, akaun simpanan ataupun kad kredit.

Cara yang sama menang wang tunai, lebih banyak transaksi FPX yang anda buat (urus niaga minimum RM10), lebih tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah wang tunai bulanan sebanyak RM10,000. Sambil online shopping, mana tahu untung anda boleh menang besar.

Memandangkan jualan besar-besaran seperti 12.12 akan tiba tidak lama lagi, jangan lepaskan peluang membayar barangan anda menggunakan FPX untuk peluang memenangi hadiah wang tunai.

3. Bayar bil bulanan melalui JomPAY

JomPAY adalah satu cara perkhidmatan pembayaran bil yang boleh diakses bila-bila masa kepada 42 bank seluruh negara. Apa yang anda perlu buat, cari logo JomPAY dan kod pengeluar bil atau invois. Log masuk ke perbankan internet anda dan cari JomPAY. Masukkan maklumat pembayaran dan pengesahan, siap! Sangat memudahkan urusan pembayaran bil-bil bulanan.

Lebih banyak transaksi JomPAY yang anda buat, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi hadiah wang tunai bulanan sebanyak RM10,000.

Semua pembayaran kini hanya dihujung jari, lebih selamat dan mudah! Buat sahaja pembayaran secara dalam talian serta perpindahan wang menggunakan DuitNow, FPX atau JomPAY, tiga orang pemenang akan membawa pulang wang tunai RM10,000 setiap bulan. Kempen menarik ini akan berlangsung selama empat bulan.

Mudah sahaja nak menang RM10,000, tak perlu masuk Squid Game! I Dah, You Bila Lagi? Untuk maklumat lanjut, tekan di sini.