Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“1 April Nanti Jangan Buat-Buat Lupa” - Rapatkan Saf, Netizen Harap Tak ‘Sembang Kosong’, Kembali Imarahkan Masjid!

Hanafis Haris
09/03/2022 05:20 MYT

Bermula 1 April ini, aktiviti solat jemaah di masjid, surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Ini bermakna, kesemua jemaah kini boleh merapatkan saf tanpa sebarang penjarakan seperti sebelum ini.

Susulan itu, ramai netizen di media sosial menzahirkan rasa syukur mereka apabila akhirnya dapat beribadah seperti dahulu.

Pun begitu, muncul juga kata-kata sindiran kepada kesemua yang beragama Islam supaya sama-sama memenuhkan ruang solat.

Jika sebelum ini, ramai yang meminta SOP ketat dilonggarkan, namun kini permintaan itu telah pun dilaksana memandangkan negara beralih ke fasa endemik.

“Dulu kerajaan suruh jarak, semua pakat bising, now jangan sekadar cakap kosong lah ya 1 April ni. Mari kita penuh rumah Allah”.

“Tuhan dah bagi peringatan buat kita selama covid ni, bila dah kembali normal jangan sia-siakan. 1 April jangan buat-buat lupa”.

“Ramai bandingkan jemaah masjid dengan SOP lain, jadi now dah tak ada isu dah. Kalau sepi juga bukan salah orang lain, diri sendiri,” tulis beberapa netizen.

Untuk makluman, pelaksanaan dan SOP akhir untuk masjid dan surau tertakluk kepada ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri dan untuk Rumah Ibadat Selain Islam tertakluk kepada Kementerian Perpaduan Malaysia serta Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Ini bermakna selepas ini imam sudah boleh memberitahu suapaya rapatkan saf kerana tiada lagi penjarakan satu meter.

Namun, oleh kerana Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa agama tertakluk kepada kuasa negeri dan juga sultan-Sultan, ia haruslah mengikut keputusan negeri.



#Masjid #SOP #Jemaah #Saf