Hiburan

10 Barangan Yang Generasi Y Tidak Beli

gempak
Syafiqah Jalal
17/03/2017
09:18 MYT
Sponsor Banner
10 Barangan Yang Generasi Y Tidak Beli
Generasi Y atau lebih dikenali milenia antara golongan yang paling sedikit berbelanja.
Hal ini kerana golongan milenia terlalu muda dan tidak mempunyai banyak duit.
Berikut merupakan senarai barangan yang golongan itu tidak beli dan sebabnya.
1) Pelembut fabrik
Menurut penganalisis pengeluar produk penjagaan fabrik terkenal, P&G, Shailesh Jejurikar, golongan milenia tidak tahu kegunaan produk itu sebenarnya.
2) Rumah
Sebut saja rumah mereka akan berhenti seketika dan sering merujuk kepada relevannya harta itu untuk golongan yang sudah berkeluarga.
Milenia yang membesar di kejiranan yang sederhana kurang cenderung untuk berpindah mahu pun ke kolej. Jika ke kolej sekali pun mereka masih terikat dengan alamat sama ketika zaman kanak-kanak.
3) Intan permata
Mereka rasa dieksploitasi dan berdepan banyak konflik untuk memiliki barangan berkenaan.
4) Sabun
Golongan muda percaya sabun buku menyimpan banyak kuman terutama selepas digunakan.
5) Bijirin
Menurut kaji selidik yang dilakukan oleh Mintel pada tahun 2015, hampir 40 peratus golongan milenia mengatakan bijirin tidak sesuai untuk dijadikan sarapan kerana mereka perlu membersihkannya selepas makan.
6) Golf
Permainan yang lembab, memakan masa yang lama untuk menyudahkan permainan itu dan sejenis sukan yang mahal.
Malah mereka beranggapan sukan itu tidak meningkatkan kualiti kehidupan dan diversiti.
7) Televisyen
Melihat kepada perubahan demografik dan situasi masa kini, jika mereka tidak mempunyai rumah sudah pasti mereka tidak mampu untuk memiliki televisyen.
8) Big Mac
Satu daripada lima milenia pernah membeli Big Mac. Menurut kenyataan daripada pemilik francais itu melalui Wall Street Journal tahun lalu, Big Mac sudah menjadi semakin kurang relevan.
9) Saham
Milenia tidak gemar melabur dan 46 peratus daripada kaji selidik mendapati mereka tidak mempunyai struktur kewangan yang kukuh.
10) Insurans nyawa
Majoriti daripada golongan milenia mengatakan insurans nyawa terlampau mahal dan mereka meletakan prioriti untuk membeli barang lain berbanding melabur untuk perkara itu.
Susunan oleh: Amri Hassan Sumber: Buzzfeed
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024