10 Gaya Catwalk Selebriti Di Fashion Show ALIKE Summer Spring 2020

Amri Hassan
Julai 15, 2019 04:47 MYT
Istana Budaya menjadi saksi 10 usahawan fesyen tempatan memperagakan hasil koleksi musim panas-bunga 2020.
10 pereka fesyen tempatan itu digilap menerusi Program Pembangunan Pemasaran Usahawan Fesyen Mara In Fashion (MIF) @ SOVO. Program ini turut mendapat kerjasama LivinLoka Malaysia.
Pentas pertunjukan fesyen ALIKE Spring-Summer Collection 2020 turut diserikan dengan penampilan 10 selebriti sebagai muse setiap pereka fesyen yang mengambil bahagian.
ALIKE merupakan singkatan Amali Latihan Keusahawanan yang memerlukan setiap peserta berurusan secara terus di lapangan kerja bersama seorang figura bagi membina satu rekaan bespoke dan empat rekaan ready-to-wear.
Antara selebriti yang terbabit sebagai muse pada acara tersebut ialah Datuk Syafinaz Selamat, Yasmin Hani, Ezlynn, Sazzy Falak, Julia Zeigler, Ernie Zakri dan Sissy Imaan.
Manakala 10 pereka fesyen yang terbabit dalam ALIKE Spring-Summer Collection 2020 ialah Amaze, Wan & Mary, Hazizul Aziz, Zayana Yazed Creations, Fyrose, Emin Madrosa, Ummiriaz International, Syuhada Masrani, Helhams dan Salleh Hamid.
Jom lihat aksi-aksi menarik sepanjang pertunjukan fesyen ALIKE Sprin-Summer Collection 2020.
#Fesyen #Mara In Fashion #Spring Summer 2020