,
Viral

10 Hari Tiada Pelanggan, 'Pak Cik Tukang Kasut' Pernah Tertidur Di Kaki Lima - "Memang Tiada Langsung Duit Poket..."

Ernalisa
22/08/2024
09:25 MYT
Kasut-kasut lusuh menjadi peneman Ujang Samsudin siang dan malam. Bergantung harap pada kasut lusuh sebagai punca rezeki, dia pernah bergelut ketika tiada pelanggan singgah di 'kedai kecil' miliknya.
Cerita Ujang yang turut mesra disapa Pak Cik Ujang kepada Gempak, pernah suatu ketika dia diuji tidak menerima sesen pun mata pencarian.

BERITA BERKAITAN : Gara-Gara Potong Kenderaan Polis, Lelaki Teruk Ditampar

BERITA BERKAITAN : Kongsi Video Berhijab, Netizen Doa Cik B Terbuka Hati Tutup Aurat - "Semoga Istiqamah"

BERITA BERKAITAN : Kongsi Video Berhijab, Netizen Doa Cik B Terbuka Hati Tutup Aurat - "Semoga Istiqamah"

BERIT ABERKAITAN : Cut Intan Nabila Bocorkan Video Baru Dipukul: “Tidak Mampu Hitung Berapa Banyak Kali Dia Seksa Saya”

Namun, itu tidak mematahkan semangat Pak Cik Ujang untuk terus berkelana dalam dunia tukang kasut yang sudah berpuluh tahun diceburinya.

"Saya pernah sampai tertidur di sini sebab terlalu penat tunggu pelanggan. Tapi sorang pelanggan pun tak datang.

"Seharian pelanggan tak datang.. jadi memang langsung tiada duit poket, pernah sampai sepuluh hari saya tak terima langsung pelanggan.

"Sampailah datang seorang pelanggan berbangsa Cina, dia kejutkan saya dan tanya 'kenapa tidur sini?'," katanya ditemui Gempak.

Minta tolong promote
Disebabkan itu juga, dia tanpa segan silu meminta tolong lelaki berkenaan untuk mempromosikan pekerjaan dia di media sosial.
"Waktu itu saya memang buntu..malu saya tolak ke tepi dan terpaksa meminta tolong orang lain untuk mempromosikan diri saya," katanya.
Sewa RM450 sebulan Dalam masa sama, dia yang berniaga di Bandar Baru Ampang lebih buntu apabila terpaksa memikirkan cara membayar bilik sewa RM450 sebulan.
"Tak pernahlah tertunggak, tetapi buntu bila pak cik fikir mana nak dapat duit memandangkan tiada pelanggan yang datang.
"Alhamdulillah Tuhan maha kuasa. Ada yang sudi membantu dan ramai lagi yang datang membantu," katanya.
Sebelum ini 'Pak Cik Ujang' pernah diviralkan ekoran tertidur di kaki lima ketika menunggu pelanggan.
Dia ketika itu yang disapa individu menularkan videonya iaitu Jimmy Goh menyatakan hasratnya agar dapat membantu mengiklankan perusahaan yang dilakukan memandangkan dia tidak memiliki sebarang laman sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat

gempak
12/09/2024
02:25 MYT
Pelakon berusia 29 tahun, Sirilak Kwong atau Lingling Kwong boleh dianggap sebagai selebriti yang bertuah.
Hiburan

Nora Ariffin Akui Dipaksa Bercerai, Tepis Dakwaan Bekas Suami Diugut! - “Saya Terkejut, Lidah Kelu, Apa Salah Saya?”

gempak
11/09/2024
09:47 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin menyatakan perpisahan yang berlaku antara dia dan bekas suami sebelum ini bukanlah di atas kerelaan dirinya.
Hiburan

Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan

gempak
11/09/2024
08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.