Suudu

10 Homemade 'Food Delivery' Buat Anda 'Kecur Liur'

gempak
Hanafis Haris
14/05/2018
02:43 MYT
Sponsor Banner
10 Homemade 'Food Delivery' Buat Anda 'Kecur Liur'
Menjimatkan masa dan tidak perlu beratur panjang. Mungkin itu antara faktor utama servis penghantaran makanan kian popular.
Bermula dengan servis yang dibawa syarikat pengeluar makanan segera, skop perkhidmatan ini kemudian beralih kepada individu yang menjalankan perniagaan, baik secara kecil-kecilan atau skala besar.
Berbanding makanan segera, homemade delivery ini lebih dekat dengan selera harian pelanggan. Dari makanan western hinggalah selera tempatan, scroll saja Instagram dan Facebook anda.
Begitu banyak lambakan khidmat penghantaran makanan ke pejabat atau rumah anda.
Namun, jika masih mencari pilihan terbaik untuk selera anda, kami sediakan 10 servis penghantaran makanan yang anda patut cuba!
Paling penting, ia homemade dan sesuai juga untuk hidangan iftar anda! (Bulan puasa dah dekat!)
1. MYMOUSTACHEF
Laksa Johor merupakan 'signature' mymoustachef Menunya pelbagai dan terdapat juga laksa Johor! Ya Laksa Johor! Tidak perlu ke selatan tanah air semata-mata untuk menikmati menu tradisi ini.
Selain itu, Mymoustachef juga menumpukan kepada menu makan tengah hari. Terdapat nasi ayam berlado, masak butter dan juga balinese.
Paling recomended adalah nasi ayam berlado. Pedas-pedas manis dia memang mengancam.
Menu: Western dan lokal
Facebook: Moustachef
Instagram: Mymoustachef
Nombor Telefon: 019-2659709
2. MUM’S RECIPE
Manisan kelapa kegemaran ramai. Teringin? Resipi homemade dengan ramuan asli secara turun temurun.
Seriously guys, anda patut lihat koleksi manisan Mum’s Recipe ini. Terliur habis.
Kalau anda mahukan sesuatu yang lain, terdapat banyak menu yang menyelerakan.
Antara yang dijual adalah, Cut Mathea, Layered Mathea, Round Mathea, Balushahi dan Wajik.
Walaupun beroperasi di Ipoh, namun terdapat juga penghantaran ke Kuala Lumpur disediakan (kuantiti yang banyak). Jangan tidak percaya, pelanggan dari Johor Bahru pun cuba nasib!
Menu: Indian/Punjabi
Facebook: Mum’s Recipe
Instagram: Recipemums
Nombor Telefon: 012-5057563
3. DAPUR MAK O
Udang segar guys! Siap cicah pula tu Teringin Vietnamese roll? Dapur Mak O ada menyediakan makanan ikonik berkenaan. Gabungan udang segar dan sayur rangup di dalamnya, pasti terliur.
Tidak cukup dengan itu, perkhidmatan ini juga menyediakan Aglio Chicken Ham. Namun 'signature' Dapur Mak O pastilah kepak ayam yang digelar sebagai Deli Wing.
Selain itu Roti Jala dan kari ayam juga antara hidangan yang anda boleh pilih sekiranya mempunyai jamuan tertentu.
Menu: Western dan Asia
Facebook: Dapur Mak O
Instagram: Dapur_Mak_O
Nombor Telefon: 012 582 1303
4. SARAWAK'S BOWL
Tengok gambar pun sudah terliur. Goodluck! Jika tadi laksa Johor, kini tiba giliran laksa Sarawak. Namun hakitkanya Sarawak's Bowl bukan hanya sekadar laksa kerana ia menjual hampir kesemua makanan ikonik negeri Sarawak.
Dari mi kolok, mi sua, mi jawa sehinggalah kek batik Sarawak. Sebut saja.
Jika mengidam masakan Sarawak, tidak perlu 'terbang' jauh, masakan homemade Sarawak's Bowl sudah memadai.
Menu: Sarawak
Facebook: Sarawak's Bowl
Instagram: Sarawaksbowl
Nombor Telefon: 019-6158783
5. FGDELIVERY
Masih mampu bertahan melihat makanan homemade ini?
Seterusnya kami bawa anda ke pantai timur pula untuk menikmati nasi kerabu.
Namun tidak perlulah ke sana kerana Fg Delivery ini sudah cukup memuaskan selera anda terhadap nasi kerabu. Menu yang cukup popular ketika bulan puasa.
Menariknya nasi kerabu Fg Delivery ini, ramuannya hampir lengkap. Ayam bakar, kelapa goreng, sambal ikan, asam limau, ulam dan keropok.
Selain itu, ia turut menyediakan menu nasi campur dan nasi ayam merah, bergantung pada masa tertentu.
Menu: Lokal
Instagram: Fgdelivery
Nombor Telefon: 019-4029110
6. TIK'S KITCHEN
Nasi putih lauk kari ayam antara yang mendapat tempahan. Untuk anda yang tinggal di sekitar Sungai Buloh dan Kuang, mungkin servis ini untuk anda.
Siapa boleh tahan gambar makanan lauk campur dimuat naik di Instagram Tik's Kitchen ini. Semuanya menyelerakan.
Antara yang laris ditempah adalah nasi ayam paprik dan nasi putih kari ayam.
Menu: Lokal
Instagram: Tikmasak
Nombor Telefon: 012-3577317
7. DAPUR NINA
Nasi ayam butter, nasi daging goreng kicap, lontong kering antara menu harian yang disediakan Dapur Nina.
Sesuai untuk anda di sekitar USJ, Subang, Sunway, Shah Alam, Seri Kembangan, Puchong, Putra Height dan Bandar Saujana Putra,.
Menu Dapur Nina ini tidak hanya menyediakan makanan tengahari saja, malah terdapat juga menu petang untuk anda nikmati.
Antaranya adalah mi goreng, roti jala dan juga vietnamese roll.
Menu: Asian
Instagram: Dapur_Nina
Nombor Telefon: 019-7843234
8. BAKSOBERANAK KUALA LUMPUR
Selera Indonesia kini di hujung jari anda. Kalau jemu nasi, mungkin akaun Instagram ini sesuai untuk selera anda. Baksoberanak Kuala Lumpur menyediakan servis penghantaran bakso terus ke rumah anda.
Bakso beranak dijual pada RM25 manakala bakso urat, cilok dan telur pula dijual pada harga RM15.
Kalau order sebanyak lima bungkus, maka penghantarannya percuma.
Menu: Indonesia
Instagram: Baksoberanak_KL
Nombor Telefon: 010-5675473
9. MYKITCHEN
Menyelerakan! Diantara kesemua akaun 'Food Delivery' di atas, Mykitchen mempunyai paling banyak menu yang tersedia untuk dipesan.
Bagaimanapun ia bergantung pada minggu tertentu. Setiap minggu menu untuk anda pesan berbeza-beza.
Contohnya menu pada 14 hingga 18 Mei adalah nasi kerabu ayam kerutuk, nasi ayam buttermilk dan fettuccinne beef.
Pada bulan puasa ini, penghantaran bermula pada jam 3 hingga 5 petang dengan minimum 10 order.
Menu: Western dan Lokal
Facebook: Menu Kitchen
Instagram: Mykitchen.FoodDelivery
Nombor Telefon: 010-2366589
10. H&S FOOD DELIVERY
Nasi lemak pun boleh dihantar terus ke pejabat atau rumah anda. Khidmat penghantaran makanan untuk anda yang berada sekitar Petaling Jaya, Bangsar dan sekitar Kuala Lumpur.
Menariknya mengenai H&S, mereka turut menyediakan penghantaran menu makanan seperti nasi lemak dan roti telur cheese.
Selain itu terrdapat juga Chicken chop, mi goreng dan nasi goreng kunyit. Anda boleh lihat kesemua menu ini di Instagram H&S.
Menu: Western dan Lokal
Instagram: Hs_fooddelivery
Nombor Telefon: 014-3403054
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024