,
Laman Utama

10 Kali Hun Haqeem Jumpa Psikiatri, Syukur Kini Pulih Dari Masalah Kesihatan Mental - "Ada Masa Perlu Berinteraksi..."

Syafiqah Jalal
11/04/2023
01:43 MYT
Tidak berselindung, pelakon, Hun Haqeem mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah kesihatan mental beberapa tahun lalu.
Kata Hun, 25, masalah mental yang dialami itu disebabkan beberapa faktor termasuk masalah peribadi dan kerjayanya sebagai seorang pelakon.
“Setiap orang akan mengalami masalah mental health ini, tidak kira dia seorang selebriti ataupun tidak. Itu dugaan daripada Allah. Saya sendiri pernah berdepan masalah mental health.
“Banyak isu dan punca menyebabkan saya berdepan masalah mental health, sepanjang tahun 2021 dan 2022 merupakan tahun yang mencabar untuk saya. Banyak perkara yang jadi namun saya tidak dapat kongsikan dengan terperinci.
“Namun sedikit yang saya boleh beritahu, sebagai seorang pelakon, ia melibatkan beberapa perkara ketika di lokasi penggambaran, banyak gunakan tenaga. Campur pula dengan masalah peribadi, itu adalah antara faktor saya alami masalah mental,” katanya kepada Astro Gempak
Menurut Hun, masalah yang dialami itu telah mengubah sikap dan dirinya menjadi seorang yang berbeza.
“Perasaan saya ketika itu kosong, ada kalau nak bercakap dengan orang atau ahli keluarga macam memaksa. Perkara ini mungkin ada yang pandang remeh, untuk saya tidak, ia isu yang serius.
“Macam budak-budak kecil (anak buah) yang ada di rumah saya mungkin mereka harap saya pulang dapat bermain dengan mereka, namun sebalik. Sikap saya macam menakutkan mereka. Itu adalah tanda yang tidak baik, saya tidak boleh reda sebab itu saya kena ubah.
“Bagaimana pun saya bersyukur kerana eluarga dan rakan baik adalah orang yang banyak beri sokongan untuk saya. Banyak orang di sekeliling yang tolong saya ketika itu,” dedahnya.
Justeru, Hun akui dia telah mendapatkan rawatan dan berjumpa dengan pakar psikiatri sehingga benar-benar pulih.
“Masalah mental ini kadang kita tidak boleh bergantung kepada agama sahaja, ada masa mental kita perlu pertolongan dengan berinteraksi dan dapatkan bantuan manusia juga, sekiranya berlaku lagi, saya perlu bangkit dan lawan.
“Saya berjumpa dan minta tolong juga dengan pakar psikiatri. Sebanyak 10 kali perjumpaan saya dengan pakar tersebut. Ia mengambil masa lebih setahun juga untuk saya pulih. Alhamdulillah sekarang saya bersyukur sangat semuanya kembali baik,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Risiko Kesihatan Mata Tatap Gajet Secara Baring Mengiring

gempak
16/11/2024
13:55 MYT
Ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan mata termasuk 'juling air' yang juga disebut 'juling itik', lebih-lebih lagi apabila melihatnya secara dekat.
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

gempak
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.
Hiburan

Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental

gempak
29/10/2024
09:55 MYT
Pengasas Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA), Anita Abu Bakar mengakui cabaran stigma dan diskriminasi masih wujud, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Berita

Cuaca Panas Semenanjung Tempias Taufan Trami

gempak
25/10/2024
05:20 MYT
Cuaca panas Tahap 1 yang berlaku di tujuh kawasan di Semenanjung disumbang oleh dua faktor.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Unitar