Mariah Carey meraikan ulangtahun kelahiran ke-47 semalam (27 Mac).

Sempena sambutan tahun ini, penyanyi itu dilaporkan sedang bercuti bersama teman lelakinya, Bryan Tanaka di Cabo, Mexico.

Starting the anniversary festivities in a relaxing chic environment. ??? #HappyAnniversary

A post shared by Bryan Tanaka (@bryantanaka) on


Nama Mariah Carey tidak asing dalam industri muzik antarabangsa. 18 daripada lagu-lagunya pernah mengungguli carta Hot 100 Billboard sekitar tahun 1990 hingga 2000.

Lima kali menjulang trofi Grammy Awards, Mariah merupakan perintis kepada kegemilangan penyanyi wanita Hollywood.

Beyonce, Ariana Grande dan Lady Gaga misalnya menjadikan ikon muzik itu sebagai inspirasi.

Bagi meraikan ulangtahun kelahiran bintang tersohor itu, kami senaraikan 10 lagunya paling popular dan malar segar hingga sekarang.



1) We Belong Together
Album: The Emancipation of Mimi
Tahun: 2005
14 minggu nombor satu dalam carta Billboard, kedudukan tertinggi pada 4 Jun 2005.



2) One Sweet Day (Mariah Carey and Boyz II Men)
Album: Daydream
Tahun: 1995
16 minggu nombor satu dalam carta Billboard, kedudukan tertinggi pada 2 Disember 1995.


3) Fantasy
Album: Daydream
Tahun: 1995
8 minggu nombor satu dalam carta Billboard, kedudukan tertinggi pada 30 September 1995.


4) Vision of Love
Album: Mariah Carey
Tahun: 1990
4 minggu nombor satu dalam carta Billboard, kedudukan tertinggi pada 4 Ogos 1990.



5) Without You / Never Forget You
Album: Music Box
Tahun: 1993
Sekadar menduduki tangga ke-3 dalam carta Billboard, kedudukan tertinggi pada 19 Mac 1994.


6) Emotions
Album: Emotions
Tahun: 1991
3 minggu nombor satu dalam carta Billboard, kedudukan tertinggi pada 12 Oktober 1991.


7) I Still Believe
Album: #1's
Tahun: 1998
Cuma berada di tangga keempat dalam carta Billboard, kedudukan tertinggi pada 20 Mac 1999.


8) Always Be My Baby
Album: Daydream
Tahun: 1995
2 minggu nombor satu dalam carta Billboard, kedudukan tertinggi pada 4 Mei 1996.


9) My All
Album: Butterfly
Tahun: 1997
1 minggu nombor satu dalam carta Billboard, kedudukan tertinggi pada 23 Mei 1998.


10) Hero
Album: Music Box
Tahun: 1993
4 minggu nombor satu dalam carta Billboard, kedudukan tertinggi pada 25 Disember 1993.


Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Billboard