“10 Malam Terakhir Ramadan…” - Fouziah Gous, Suami Berangkat Tunai Umrah
Mya Amri
21/04/2022 02:39 MYT
21/04/2022 02:39 MYT
Pelakon, Datin Fouziah Gous bersama suaminya, Datuk Zhaf Yusuf berangkat ke tanah suci Makkah untuk menunaikan ibadah umrah.
Menerusi video pendek di Instagramnya, Fouziah berharap ibadah umrah yang akan dilaksanakan pada 10 malam terakhir Ramadan dipermudahkan dan diterima Allah.
“10 malam terakhir di bulan Ramadan dapat kami berdua kerjakan umrah bersama. Doakan perjalanan kami serta kesihatan yang baik dan juga Allah S.W.T permudahkan dan menerima segala ibadah kami. Amin ya rabbal alamin,” coretnya.
Dalam video terbaharu itu juga, Fouziah dan Zhaf turun memohon maaf sekiranya ada menyakiti hati sesiapa sepanjang perkenalan mereka.
“Saya Fouziah Gous dan suami saya Zhafran Yusuf ingin memohon maaf daripada hati kami jika ada salah dan silap daripada kami, sengaja atau pun tidak sepanjang perkenalan kita sama ada rapat atau pun dalam media sosial.
“Jika ada apa-apa tersilap yang kami buat, kami ingin memohon maaf dan doakan kami semoga umrah kami diterima Allah S.W.T dan diberkati sepanjang berada di sana,” ujarnya.
Fouziah dah Zhaf atau nama sebenarnya Md Zhafran Md Yusof telah mendirikan rumah tangga pada 22 September 2013.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 7 dan Zaheen Yusuf, 5.