Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

10 Mati Di Konsert, Travis Scott Disaman 1,250 Orang

Maliah Surip
05/12/2021 03:45 MYT
Tragedi berdarah sehingga membuat 10 orang meninggal dunia dan ratusan lainnya cedera dalam konsert Astroworld dari Travis Scott masih belum berakhir.

Terkini Variety melaporkan, rapper tersebut berhadapan tindakan dari 1,250 orang dengan 275 saman dikeluarkan kepadanya.

Malah dijangkakan pihak yang ingin menyaman pasangan Kylie Jenner itu boleh mencapai sehingga 2,500 orang. Jumlah saman saman yang dikeluarkan dinilaikan mencecah berbilion ringgit.

Menurut laporan, kesemua saman yang dikeluarkan terhadap Scott bersifat ‘senada’. Mereka mendakwa Scott tidak berhenti mengadakan persembahan biarpun selepas pihak penganjur menyedari terdapat insiden tidak baik sedang berlaku membabitkan penonton.

Mereka menyifatkan penganjur dan rapper itu lalai untuk bertanggungjawab sehingga tragedi berdarah itu boleh terjadi.

Pihak peguam yang mewakili para klien mereka pula bercadang untuk mengabungkan kes kes tersebut di mahkamah atas persetujuan bersama.

"Hampir semua tuntutan berisi fakta yang sama iaitu terkait kelalaian. Ini termasuklah gagal menyelesaikan masalah yang terjadi, kawalan yang baik serta bantuan perubatan yang memadai,” tulis kenyataan yang dikeluarkan pihak peguam.

Ratusan tuntutan ini belum termasuk dari sejumlah tuntutan yang mungkin akan ada pada masa depan.

Terdahulu, Travis Scott diketahui tampil dalam konsertnya yang bertajuk Astroworld Festival di NRG Park, Houston, pada 5 November lalu.

Menerusi laporan BBC, penyanyi itu tidak menghentikan konsert lebih kurang 40 minit selepas tragedi berlaku sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan dalam kalangan penonton.

Pasca tragedi tersebut, Scott memaklumkan akan bertanggungjawab termasuk membiayai pengurusan kematian peminatnya selain bersedia membantu keluarga penonton yang telah mengalami kecederaan.

Kredit Foto: BBC Images
#Hollywood #saman #rapper #Jenayah #Mati #Travis Scott #Tragedi
;