Pelakon Elfira Loy mendedahkan dia sudah berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 12 kilogram (kg) selepas 30 hari melahirkan anak sulungnya.

Namun, dia masih belum selesa dengan berat badan terkini kerana ada lebih 10 kg lagi untuk kembali ke berat badan asal sebelum hamil.

Pun begitu, ia bukan mudah kerana Elfira menganggap proses penurunan berat badan sangat mencabar.

“His first check-up went well, and mommy pun happy 12 kg gone , 10 more kgs to go okayyyyy.
Fuhhh. Mencabar betul,” tulisnya.

Elfira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian berkenaan, dia turut memuat naik fotonya selepas selesai membuat pemeriksaan bersama bayi di sebuah hospital swasta.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang merasakan ia jangka masa yang agak cepat untuk Elfira menurunkan berat badan sebanyak itu.

“Bestnya banyak turun.

“Kecil je Elfira macam pegang adik.

“Perh 12 kg terbaik lah,” komen antara pengikutnya.

Elfira melahirkan puteranya, Muhammad Rayaan Khalaf pada 1 Oktober lalu.

Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Muhamad Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019.

His first checkup went well , and mommy pun happy 12kg gone , 10 more kgs to go okayyyyy. Fuhhh ? . Mencabar betul .

A post shared by 25 | ?? | (@elfiraloy) on