10 Ogos Tarikh Pilihan Travis Scott Lamar Kylie Jenner

Amri Hassan
Ogos 1, 2018 07:20 MYT
Sejak kebelakangan ini, tular kisah percintaan dan perkahwinan di Hollywood termasuklah kisah personaliti dan usahawan terkenal, Kylie Jenner bersama pasangan, Travis Scott.
Menurut sumber, Travis memilih tarikh hari lahir Kylie iatu pada 10 Ogos ini sebagai hari pilihannya untuk melamar Kylie.
"Travis sedang merancang perkahwinan secara besar-besaran buat mereka berdua memandangkan Kylie bakal begelar bilionair paling muda di dunia, maka majlis perkahwinan yang dirancang haruslah sesuai dengan dirinya," kata sumber.
Kylie telah dinobatkan sebagai Wanita Terkaya di Amerika Syarikat oleh Forbes dan akan bergelar bilionair paling muda dalam sejarah jika dia mengekalkan perniagaan jenama Kylie Cosmetics dalam masa satu tahun lagi.
Teks : Asraf Aided
Sumber : thehollywoodgossip.com
#Kylie Jenner #Travis Scott