10 Selebriti Sambut Kelahiran Anak Sepanjang 2015 Pilihan Astro Gempak
Sepanjang tahun 2015, banyak berita gembira yang dikhabarkan kepada pembaca Astro Gempak antaranya kelahiran bayi selebriti kesayangan mereka.
September lalu, pasangan ini telah menerima kedatangan cahaya mata kedua mereka yang dinamakan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa. Nama anak kedua Wawa Zainal dan Aeril itu mendapat perhatian peminat kerana namanya agak unik.
Berita kelahiran anak pasangan Lisa dan Yusry, Yahaira Leanne yang membawa maksud wahai sebaik-baik kelembutan dikongsi secara eksklusif menerusi entri Instagram H Live. Bagaimanapun pasangan ini membuat keputusan untuk tidak terlalu mendedahkan anak mereka kepada umum.
Pelawak Fad Bocey telah menerima kehadiran bayi kembarnya pada tanggal 13 Disember lalu. Berita itu dikongsi oleh Jihan Muse yang telah memuat naik foto perbualan bersama ibu Syeera di aplikasi Whatsapp menerusi akaun Instagramnya. Difahamkan kembar itu dilahirkan pada minggu ke 34 dan masih belum matang.
Pasangan ini memperkenalkan nama dan juga wajah anak sulung mereka, Muhammad Zeeshan sewaktu majlis bertahnik yang berlangsung awal Disember lalu. Dengan menggunakan hashtag #Zhafoujr, pelbagai foto menarik yang mempamerkan aksi comel putera sulung mereka telah dimuat naik oleh pasangan tersebut.
Isteri pertama pelakon Ashraf Muslim, Noor Dayana selamat melahirkan cahaya mata pertamanya awal Disember lalu. Kelahiran Anas Ashraf sememangnya dinantikan oleh seluruh ahli keluarga pasangan tersebut. Malah bapa kepada Noor Dayana, Hj Lokman merupakan orang pertama yang berkongsi foto bayi comel itu di akaun Facebooknya.
Pelakon Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle telah menamakan cahaya mata kedua mereka, Nur Aurora yang dilahirkan pada 19 November lalu di Hospital Pantai, Bangsar. Istimewa lagi, nama tersebut dipilih sempena kelahiran Aurora yang hampir dengan waktu Subuh.
Pelakon Lana Nodin dijangka bersalin pada hujung bulan Januari atau Februari tahun depan. Sudah pasti suaminya, David tidak sabar untuk menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka. Lana juga menyatakan hasrat untuk bersalin dan berpantang di Malaysia.
Hanez Suraya dijangka melahirkan anak sulungnya pada hujung Disember ini. Jantina anak dalam kandungan masih lagi dirahsiakan oleh pelakon ini. Bagaimanapun Hanez akui tidak sabar untuk bertemu dengan anaknya nanti.