READ

10 Syarat Bergelar MUA disegani, No.10 Punca Ramai yang Gagal Teruk! — MUA ‘Newbie’ Perlu Baca Ini

Public Anonymous User 28/08/2018 | 02:44 MYT

Oleh: Afiza Kamarulzaman

Kredit foto: IG Khir Khalid, Syed Faizal & Tiar Zainal

Memegang amanah menyentuh wajah orang bukanlah suatu yang mudah, ia harus disusuli dengan beberapa kriteria penting untuk membuatkan kamu layak digelar JURUSOLEK.

Jarang sekali, ketika kita kecil, kita menyenaraikan nama jurusolek sebagai salah satu cita-cita kita apabila ditanya guru. Namun, ia bukan bermakna ia kerjaya picisan.

Jika kena gaya dan caranya, kamu boleh menjadi jurusolek cemerlang, asalkan kamu cukup ilmu di dada dan mengenggam etika profesionalisme dalam tugasan yang diamanahkan.

Bergelar MUA bukanlah bermakna kamu berasa ‘syok’ untuk berada di bawah limelight semata, paling penting kamu harus dihormati selayak karyamu yang bisa digelar ‘karya agung’ atau ‘berjemari emas’.

Berikut 10 syarat penting yang boleh kamu praktikkan jika mahu menjadi seorang jurusolek yang berkaliber dan disegani ramai:

1. IDENTITI

Seseorang yang berasakan dia berjiwa seni dan orang seni seharusnya punya identiti dalam setiap karya yang dihasilkan. Apabila melihatkan sahaja hasil solekannya, orang sudah dapat mengagak siapa pemiliknya tanpa perlu diberitahu nama MUA itu.

Kamu boleh menjadikan siapa sahaja sebagai idola tetapi tidak usah meniru bulat-bulat. Tetapkan identiti pada hujung jarimu.