HIBURAN
“10 Tahun Ibu Bawa Exora Manual, Saya Tak Pernah Sekali Pun Malu” - Qistina Raisah Syukur Dapat Beli Kereta Baru
Pelakon Qistina Raisah meluahkan rasa syukur kerana berjaya membeli kereta Toyota Yaris hasil titik peluh sendiri.
Tak pernah malu 10 tahun naik Exora manual
Menurut Qistina, walaupun kereta itu bukan berjenama mewah namun dia tetap berasa bangga kerana dapat membayar ansuran kenderaan itu dengan menggunakan wangnya sendiri.
Malah kata Qistina lagi, dia juga tidak pernah berasa malu menaiki kereta Exora yang dibawa ibunya selama 10 tahun.