Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

"10 Tahun Jadi Penyampai Radio, Hanya Tuhan Saja Yang Tahu Tapi ....." - Feeya Iskandar

Rozaimi Zubaidi 14/02/2019 | 03:29 MYT
Penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah mengakui bukan mudah untuk membuatkan semua orang suka kepada dirinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Cik Piah berkongsi pengalamannya bergelar seorang penyampai radio selama 10 tahun.
"Selamat hari radio sedunia di ucapkan buat semua yang terlibat dalam bidang ini. Terima kasih juga buat bos Cik Piah yang sudi mengajak saya bekerja di Suria fm.
"Terima kasih pendengar-pendengar Cik Piah yang tetap setia menyokong walau di mana pun Cik Piah berada.

selamat hari radio sedunia di ucapkan buat semua yg terlibat dlm bidang ini..terima kasih juga buat bos cikpiah di suriafm @djlinsuriacinta sudi mengajak sy bekerja di suriafm.terima kasih pendengar2 cikpiah yg tetap setia menyokong walau di mana pun cikpiah berada.suka duka tawa ria 10 tahun jadi penyampai radio hanya tuhan saja yg tahu tapi alhamdulillah bukan senang nk senang,nk buat org suka kt kita kan?in sha allah cikpiah akan sentiasa berikan yg terbaik utk pendengar2 sekalian walaupun saya tahu saya bukan yg terbaik tapi saya cuba ya.teruskan support cikpiah dan rakan2 yg lain di suriafm ya?

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on

"Suka duka tawa ria 10 tahun jadi penyampai radio hanya tuhan saja yang tahu tapi alhamdulillah bukan senang nak senang, nak buat orang suka dekat kita kan?
"In sha allah Cik Piah akan sentiasa berikan yang terbaik untuk pendengar-pendengar sekalian walaupun saya tahu saya bukan yang terbaik tapi saya cuba ya," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata mendoakan agar Cik Piah diberikan kesihatan yang baik dan kuat apabila menerima sebarang ujian dalam hidupnya.
#Penyampai radio #Feeya Iskandar
;