Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

10 Tahun Kahwin & Kekal Bahagia, Aeril Zafrel; "Kalau Kami Bergaduh, Saya Tak Suka ..."

Asyikin Mayudin
17/01/2023 03:00 MYT
Usia perkahwinan hampir mencecah 10 tahun, pelakon Aeril Zafrel berkongsi tips kebahagian dalam rumah tangganya dengan aktres Wawa Zainal.

Bukan saja kena berperangai seperti kebudakan-budakan, Aeril berkata kalau ada berlaku pergaduhan atau salah faham jangan dibiarkan ia berlarutan sehingga lebih 2 hari.

“Kita kena berperangai seperi budak-budak. Tak perlu nak terlampau serius. Sebolehnya, kita kongsilah minat yang sama. Tak sependapat itu perkara biasa.

“Kalau kami bergaduh, saya tak suka pujuk… biar reda sendiri. Kami akan reda sendiri. Tetapi jangan biarkan pergaduhan itu berlarutan sampai hari esoknya.

“Bila dah masuk hari kedua bergaduh dan tak berbaik, benda itu tak elok. Kena cepat-cepat baik,” kata Aeril kepada Gempak.

Untuk rekod, pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.



#Aeril Zafrel #Wawa Zainal #Aeril #Wawa #Aeril Wawa #Aeril tips bahagia
;