Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli kenderaan baharu buat pertama kali selepas sedekad bekerja.

Menurut Shakilla, selama ini dirinya berdepan dengan kesukaran untuk menerima kelulusan pinjaman bank disebabkan tidak mempunyai punca pendapatan tetap.

"Aku ni 10 tahun kerja baru sekarang merasa nak pakai kereta baru, nama sendiri, bayar sendiri, semua sendirilah.

"Tapi kerja macam aku ni yang tak tentu gaji kejap ada, kerja tak ada ni payah nak lepas pinjaman.

"Penyudah, beli kereta sambung bayar, yang setiap kali banyak ragamnya, banyak kosnya," katanya menerusi satu entri di Instagram

Dalam posting tersebut, Shakilla berkongsi gambar dirinya bersama kereta jenis Mazda berwarna merah.

"Seumur hidup tak pernahlah berkenaan nak bergambar dekat kereta, kecuali kebetulan. Kereta orang apa lagi kereta sendiri. Entah! Tak suka. Tapi ni sengaja kongsi sikitlah.

"Alhamdulillah walau macam mana pun bekas-bekas kereta aku dulu dah banyak berjasa bawa aku kerja dan keluarga jalan-jalan.

"Mungkin Allah bagi aku rezeki pinjaman sikit untuk rasa macam mana rasanya ada kereta sendiri. Hadiah hari jadi untuk diri sendiri, syukur," kongsinya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-31 pada 27 Jun lalu.

#?• . Seumur hidup tak pernah lah berkenan nak bergambar dekat kereta ni kecuali kebetulan. Kereta orang apa lagi kereta sendiri. Entah ! Tak suka. . Tapi ni saja share sikit lah. Aku ni 10 tahun kerja baru sekarang merasa nak pakai kereta baru , nama sendiri, bayar sendiri semua sendiri lah. Tapi kerja macam aku ni yang tak tentu gaji sat ada sat takde ni PAYAH nak lepas loan. Penyudah beli kereta sambung bayar yang setiap kali banyak ragamnya banyak kosnya. Alhamdulillah walau macam mana pun bekas2 kereta aku dulu sebab dah banyak berjasa bawa aku kerja dengan family jalan2. . Mungkin Allah bagi aku rezeki pinjaman sikit untuk rasa macam mana rasanya ada kereta sendiri. . . Loan payah tapi Allah mudahkan dengan temukan aku dengan @haririazmi_22 dan segalanya dipermudahkan. Hariri yang banyak update dan uruskan pasal loan sampai gedebuk keluar kereta. Syukur. . . . Well aku faham kalau loan tak lulus tu mesti ada salesman yang tak sungguh2 buat lagi2 orang macam aku. Sebelah matanya depa pandang tapi YES aku nak recomen lah for those yang nak beli kereta sila lah berurusan dengan @haririazmi_22 kau tak payah pening2 sebab dia SETTLE kan from A-Z , insyallah. . . Birthday present untuk diri sendiri. Syukur. Thank you for everything @haririazmi_22 ?? Thank you Allah ??❤️

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on


Di ruangan komen, rata-rata rakan artis turut mengucapkan tahniah kepadanya atas pencapaiannya itu.

"Fuyoo..tahniah Killa! Nanti bawak aku pusing-pusing," komen Ramona Zamzam.

"Tahniah dapat pakai kereta baru. Kita senasib. Kerja industri hiburan yang tak tentu gaji memang payah nak beli barang," tulis seorang pengikutnya.

Saksikan drama lakonan Shakilla Khoriri di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!