10 Tahun Sukses Berbisnes, Vivy Yusof Rancang Nak Tulis Buku - "Banyak Kisah Saya Belum Kongsi"

Amri Hassan
Oktober 23, 2020 09:50 MYT
Usahawan terkenal Datin Vivy Yusof meluahkan hasrat untuk menulis sebuah buku mengenai jatuh bangunnya dalam dunia bisnes.
Ujar Vivy, masih terlalu banyak rahsia yang terpendam dan menarik untuk diceritakan kepada orang ramai.
"FV kini sudah berusia 10 tahun bulan depan. Ia menandakan saya juga sudah 10 tahun dalam berbisnes.
"Dengan semua ilmu yang saya pelajari sepanjang sedekad ini, saya rasa saya patut menulis sebuah buku!
"Terlampau banyak pencapaian dan kesilapan, jadi banyak kisah yang saya belum ceritakan lagi," tulisnya menerusi sepotong entri di Instagram.
Tambah Vivy, berniaga seperti menaiki roller coaster, ada jatuh dan bangunnya.
"Berbisnes seperti menaiki roller coaster ada jatuh dan bangun. Saya sedang memasuki dekad kedua. Adakah anda masih bersama dengan saya?" soalnya.
Perkongsian itu mendapat pujian ramai dan menyokong usahanya untuk menerbitkan bukunya sendiri.
Malah, ada juga yang mahukan tips dan rahsia berbisnes hingga sukses seperti hari ini.
#Buku #Vivy Yusof #Fashion Valet