Laman Utama

11 Kes Pertuduhan Gangguan Seksual Ebit Lew Esok Di Sabah

Syafiqah Jalal
26/09/2022
09:13 MYT
Perbicaraan kes pendakwah Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew melibatkan gangguan seksual akan bermula esok hingga 30 Sept di Mahkamah Majistret Tenom, Kota Kinabalu Sabah
Ebit Lew, 37, menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun dengan menghantar perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lepas.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Majistret Nur Asyraf Zolhani akan mendengar kes itu manakala pendakwaan akan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli dan Adibah Saiful Bahari.
Barisan peguam Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye akan mewakili Lew.
Pada Februari lepas, Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual dan dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.
Tenom merupakan sebuah daerah di pedalaman Sabah terletak kira-kira 145 kilometer arah selatan dari Kota Kinabalu.
Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lebih 1,000 Kawasan Lembah Klang Terjejas Gangguan Air

gempak
23/07/2024
14:15 MYT
Lebih 1,000 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA).
Hiburan

Nurul Shuhada Tarik Balik Kes Dipukul Hafidz Roshdi

gempak
12/07/2024
04:25 MYT
Bekas isteri kepada aktor sensasi, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada menarik balik kes dakwaan dicederakan oleh aktor itu pada tahun lalu.
Viral

Wanita Terkilan Individu Cuba Ambil Kesempatan Sebab Tolong Cari Rumah Sewa, Siap Perlawa Ajak Buat Hubungan S*ks

gempak
11/07/2024
07:55 MYT
Seorang wanita menceritakan tentang bagaimana dirinya terpaksa berhadapan dengan gangguan seksual dalam pencarian tempat tinggal.
Berita

Kes 'Influencer' Maut, Wanita Tempatan Ditahan

gempak
08/07/2024
10:25 MYT
Seorang wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan berkaitan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap seorang pempengaruh media sosial.
Berita

Olimpik Paris 2024: 300,000 Kondom Diberi Kepada 14, 250 Atlet

gempak
06/07/2024
14:55 MYT
Selepas temasya Olimpik Tokyo 2020 mengetatkan polisi kesihatan dan hubungan intim kerana jangkitan COVID 19, Olimpik Paris 2024 mengikut langkah yang sama dengan mengedarkan sebanyak 300,000 kondom kepada 14, 250 atlet yang bertanding.