Filem Spilt Gravy dinobatkan sebagai Filem Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka pada Jumaat.

Filem yang disimpan selama lebih 10 tahun itu turut memenangi enam lagi kategori lain iaitu Rekaan Busana Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Penyunting Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pengarah Harapan dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

“11 tahun menunggu, rasa macam mimpi. Terima kasih kepada semua. Anugerah ini untuk semua pengkarya filem tempatan,” kata Zarul Albakri dalam ucapan kemenangan di pentas FFM32.

Diadaptasi dari drama pentas 2002 dengan tajuk sama karya Jit Murad, Spilt Gravy mengisahkan kehidupan lima beradik dari lima ibu yang berbeza dan seorang bapa yang membesar dalam arah yang berbeza.

Filem ini asalnya ditayangkan pada 8 November 2015, bagaimanapun ia dikeluarkan secara rasmi pada 9 Jun 2022.

Menariknya, filem ini menjalani penggambaran di kediaman keluarga Zahim sendiri, yang telah dirobohkan sejurus selepas filem ini disiapkan.

Spilt Gravy dibintangi Datuk Zahim Albakri, Bernice Chauly, Sean Ghazi, Na'a Murad, Juliana Ibrahim, Datuk Rahim Razali dan ramai lagi.

Semak senarai penuh pemenang FFM32:

1. Anugerah Khas Filem Box Office - Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan
2. Poster Terbaik - Small Town Heroes
3. Kesan Khas Visual Terbaik - Air Force The Movie: Selagi Bernyawa
4. Filem Pendek Terbaik - Can You Love Me Most?
5. Tatarias Terbaik - Malya Artwork (Rasuk)
6. Rekaan Busana Terbaik - Rosada Abdul Hamid (Spilt Gravy)
7. Penataan Seni Terbaik - Raja Malek & Wong Taysy (Spilt Gravy)
8. Penataan Bunyi Terbaik - Charlene Ong & Chye Leng (Air Force The Movie Selagi Bernyawa)
9. Skor Muzik Asal Terbaik - Tan Yen Hue, Tan Shin Hwa & David Ngam Teck Wai (Small Town Heroes)
10. Lagu Tema Terbaik - Wira Hatiku: Lim Yee Chung (Juang)
11. Sinematografi Terbaik - Steven Chua Jyh Shyan (Small Town Heroes)
12. Penyunting Terbaik - Isazaly Isa & A Samad Hassan (Spilt Gravy)
13. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Phua Chandler (Small Town Heroes)
14. Pelakon Wanita Harapan - Layla Sania Khairuzikri (Small Town Heroes)
15. Pelakon Lelaki Harapan - Jaa Suzuran (Autumn In Wales)
16. Pengarah Harapan - Datuk Zahim Albakri (Spilt Gravy)
17. Anugerah Khas Juri 1 - Asia Tropical Films Sdn Bhd (Juang)
18. Anugerah Khas Juri 2 - Studio Kembara Sdn Bhd (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)
19. Anugerah Khas Juri 3 - Multimedia Film Productions Sdn Bhd (Air Force The Movie: Selagi Bernyawa)
20. Anugerah Khas Juri Filem Antarabangsa - Ranah 3 Warna
21. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir - Akma Suriati Awang
22. Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman - Seniwati Datuk Sarimah Ahmad
23. Anugerah Khas Seniman Sepanjang Zaman - Seniman Mat Sentol
24. Cerita Asal Terbaik - Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)
25. Lakon Layar Terbaik - Jit Murad, Datuk Zahim Albakri & June Tan (Spilt Gravy)
26. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Juliana Ibrahim (Spilt Gravy)
27. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Beto Kusyairy (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)
28. Pelakon Wanita Terbaik - Tan Chui Mui (Barbarian Invansion)
29. Pelakon Lelaki Terbaik - Datuk Adi Putra (Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan)
30. Pengarah Terbaik - Ryon Lee Eng Keong (Small Town Heroes)
31. Filem Terbaik - ZSA Productions Sdn Bhd / Nuansa Sdn Bhd (Spilt Gravy)