Berita

1,153 Kes Baharu, Positif Covid-19 Pesakit, Petugas Hospital Serdang & HTAR Meningkat!

gempak
Syafiqah Jalal
20/12/2020
11:18 MYT
Sponsor Banner
1,153 Kes Baharu, Positif Covid-19 Pesakit, Petugas Hospital Serdang & HTAR Meningkat!
Kes positif Covid-19 melibatkan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan Hospital Serdang merekodkan pertambahan enam lagi kes hari ini.
HTAR merekodkan empat kes positif Covid-19 membabitkan masing-masing dua kakitangan kesihatan dan pesakit manakala di Hospital Serdang pula pertambahan dua kes membabitkan kakitangan kesihatan.
Keseluruhannya, di HTAR terdapat 143 kes positif melibatkan 62 kakitangan kesihatan dan 81 pesakit manakala di Hospital Serdang terdapat 65 kes keseluruhan melibatkan 37 kakitangan dan 28 pesakit.
Justeru, sebanyak 1,340 kes baharu COVID-19 di Malaysia direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan dua daripadanya adalah dari kes import.
Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 441, diikuti di Kuala Lumpur (284) dan Sabah sebanyak 196 kes.
Malah, terdapat empat kes kematian baharu dicatatkan.
Bagaimanapun, 116 kes sedang dirawat di ICU, 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, kes sembuh hari ini mencatatkan sebanyak 1067 orang.
Ingat, kita masih belum menang, jadi jaga jarak dan jaga SOP (Standard Operasi Prosedur) ! Kita Jaga Kita
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024