Laman Utama

12 Ahli Keluarga Rody & Niena Dijangkiti COVID-19, Anak Usia 11 Bulan Dirawat Di Hospital - "Sedih Tengok Dia Nangis"

Zulaikha Yusof
10/06/2021
23:32 MYT
Isteri gitaris kumpulan Kristal, Rody iaitu Niena Azman memaklumkan berita duka apabila seramai 12 orang ahli keluarga mereka disahkan positif COVID-19.
Menurut Niena, jumlah itu termasuk dengan anak lelaki sulungnya, Adithya Jabbar yang berusia dua tahun.
"Ya Allah sesungguhnya kami reda dengan ujian yang telah kau berikan. Kau permudahkan proses pemulihan di antara kami.
"Kesemua ahli keluarga kami 12 orang didapati positif termasuk Adith," tulisnya di Instagram (IG).
Bagaimanapun, Niena melahirkan rasa syukur apabila rata-ratanya tidak mengalami sebarang simptom yang boleh memudaratkan.
"Tapi kami bersyukur tujuh daripadanya tak mengalami simptom yang teruk. Mak dan ayah okey lagi setakat ini. Doakan mak dan ayah terus kuat ya," tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Niena turut berkongsi perkembangan terkini Barie Habibullah, 11 bulan, yang sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh selepas dipindahkan daripada Hospital Kajang.
Kata Niena, pada mulanya Barie dimasukkan ke hospital setelah mengalami demam panas namun keputusan ujian calitan selepas itu menunjukkan positif.
"Semalam Barie kena tahan sebab demam panas, muntah-muntah. Buat lagi sekali swab RTK, positif. Jadi kena dipindahkan Sungai Buloh.
"Malam tadi demam naik lagi, pernafasan nampak tak elok, jadi mereka (doktor dan jururawat) pasangkan nebulizer. Doktor takut jadi makin teruk.
"Alhamdulillah hari ini nampak okey. Terima kasih doktor dan jururawat buat langkah yang cepat. Sedih tengok dia nangis," tulisnya.
Rody sebelum ini mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19 selepas menjadi kontak rapat adik iparnya yang disahkan positif terlebih dahulu.
Selepas Rody, Niena turut sama bergejala apabila mengalami muntah-muntah dan cirit-birit.
Rody dan Niena berkahwin pada 27 April 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Hiburan

"Jual Kopi Tepi Jalan, Kena Angkut Majlis Perbandaran" - Bekas Finalis Hero Remaja 2021 Farhan Nordin

gempak
13/04/2024
12:00 MYT
Finalis Hero Remaja 2021, Farhan Nordin pernah jual air kopi tepi jalan.
Hiburan

Syukur Sembuh Covid Kali Ketiga, Che Ta Belum Rancang Nak Sambung Rai Anniversary Kahwin - “Tak Ada Mood Nak Buat”

gempak
08/01/2024
07:55 MYT
Terbantut Che Ta nak sambut anniversary dengan suami.