12 Finalis Hero Remaja 2021 Diperkenal, Rosyam Nor & Scha Alyahya Duduk Di Kerusi Juri Tetap
Asraf Aided
07/09/2021 10:10 MYT
07/09/2021 10:10 MYT
Pencarian Hero Remaja kembali untuk edisi ke-11 pada tahun ini dengan misi mencungkil pelapis bakat baru industri seni di samping menjadi suara baru kelompok remaja Malaysia.
Dianjurkan oleh Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. dengan kerjasama Astro Ria, Hero Remaja 2021 bukan sekadar mencari pakej dengan paras rupa, ia juga kekal menjadi platform nombor satu bagi mengangkat bakat, versatiliti dan personaliti berkaliber ke peringkat seterusnya.
Ramai nama besar yang telah dilahirkan daripada pencarian Hero Remaja rata-rata telah mengharumkan jenama ini di dunia luar. Antaranya termasuklah juara sulungnya, Esma Daniel (Hero Remaja 1990/1991) yang kekal relevan sebagai pelakon dihormati, Rozaidi Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi (Hero Remaja 2001/2002) yang kini menaungi Persatuan Seniman Malaysia, Kamal Adli (Hero Remaja 2007/2008) dan Fattah Amin (Hero Remaja 2011/2012) yang pernah mengungguli gelaran bintang paling popular di Malaysia tidak lama dahulu.
Tidak ketinggalan, naib juara bagi edisi terdahulu serta barisan finalis lain juga telah berjaya mengukuhkan nama dalam industri seni dan bidang karier lain. Ini termasuklah Azhar Sulaiman, Norman Hakim, Wan Shahlim, Zawen Anuar, Fizo Omar, Syafiq Kyle, Saharul Ridzwan, Ben Amir, Ben Ali sehinggalah ke hero generasi baharu seperti Alif Muhaimin, Farhan Asri, Harris Annuar, Ikmal Amry, Nabil Aqil, Safwan Nazri, Adam Yusuf, Nadhir Nasar, Umar Hisham, Meerqeen, Jabir Meftah, Hazeeq Deen, Aniq Suhair, Imran Aqil, Hariz Hamdan dan ramai lagi.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Raqim Ahmad yang mewakili saluran Astro Ria selaku penganjur bersama dan penyiar rasmi Hero Remaja 2021, pihaknya memandang sudut positif di sebalik kedatangan pandemik COVID-19 untuk membawakan hiburan berkualiti secara berterusan kepada audiens.
“Selepas hampir dua tahun mendepani krisis Covid-19, umum pastinya jelas mengenai kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi oleh seluruh sektor termasuklah industri penyiaran akibat penularan wabak tersebut.
"Melihat daripada sudut yang positif, kedatangan pandemik mendorong kami melipatgandakan usaha keras secara lebih kreatif, inovatif dan proaktif agar misi penting yang lebih mustahak iaitu membawakan kandungan hiburan berkualiti kepada audiens secara berterusan dapat dijayakan.
"Untuk mencapai sasaran tersebut, kami perlu lebih peka kepada perubahan dan transformasi yang berlaku bagi menyesuaikan diri dengan proses adaptasi norma baharu agar kekal relevan," katanya.
Tambah beliau, penganjuran pertandingan bakat berkonsepkan realiti seperti Hero Remaja 2021 ketika pandemik menuntut dedikasi dan komitmen tinggi daripada semua pihak.
"Selain itu, menganjurkan pertandingan pencarian bakat berkonsepkan realiti seperti Hero Remaja 2021 pada era yang serba mencabar ini juga menuntut dedikasi dan komitmen tinggi daripada semua pihak, baik yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Syabas saya ucapkan kepada seluruh tenaga kerja terutamanya pasukan produksi kerana berjaya merealisasikan penganjuran edisi kesebelas dengan begitu baik sekali.
"Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua finalis yang bertanding. Semoga pencarian edisi kali ini mampu meneruskan legasi penganjuran tahun-tahun sebelum ini," katanya lagi.
Sementara itu, Editor Pengurusan Majalah Remaja, Fiezreen Ahmad berkata, program Hero Remaja 2021 terus mengekalkan aspek pengetahuan am sebagai kriteria pemilihan peserta.
"Untuk edisi kesebelas Hero Remaja ini, seramai 12 orang finalis telah dipilih dan mereka akan melalui cabaran yang telah ditetapkan saban minggu sebelum seorang daripada mereka diangkat sebagai juara.
"Sesi pengetahuan am masih lagi menjadi salah satu faktor utama dalam pemilihan finalis kali ini, selain itu mereka juga diuji dengan kebolehan untuk mengacara dan berlakon untuk melihat versatiliti mereka sebagai seorang peserta Hero Remaja.
"Menerusi setiap episod yang bakal disiarkan nanti, para finalis akan menempuh cabaran yang menguji mental, fizikal dan juga kebijaksanaan mereka sebagai persediaan untuk bergelar seorang anak seni yang memiliki pakej lengkap untuk dipertaruhkan," katanya.
Untuk pengetahuan, sesi uji bakat yang mula dianjurkan pada Disember 2020 telah dilakukan secara atas talian buat kali pertama dalam sejarah. Ini seiring dengan norma baharu yang ditetapkan oleh pihak kerajaan pada musim pandemik COVID-19 di Malaysia.
Sesi tersebut kemudiannya disambung semula menerusi uji bakat secara fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada April 2021. Di sinilah detik para juri jemputan seperti Dato’ Aaron Aziz, Datin Fouziah Gous, Norman Hakim, Que Haidar dan Anzalna Nasir mampu melihat dengan lebih dekat kemampuan para peserta daripada aspek berbeza.
Satu lagi perkara menarik berkenaan penganjuran Hero Remaja 2021 adalah program pengenalan Prelude Hero Remaja 2021 menerusi paparan lapan episod di saluran Astro Ria.
Sejak ditayangkan pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 13 Julai lalu, penonton telah dapat mengikuti persediaan 12 orang jejaka muda yang telah pun terpilih untuk memenuhi slot finalis.
Berikut adalah senarai finalis pencarian Hero Remaja 2021 beserta umur dan negeri asal.
1) Afiq Hamidon (20, Selangor)
2) Alif Haiqal (21, Kuala Lumpur)
3) Amir Ahnaf (21, Terengganu)
4) Aryan Naim (24, Negeri Sembilan)
5) Aqil Taqee (22, Kuala Lumpur)
6) Farhan Nordin (23, Johor)
7) Fazziq Muqris (21, Selangor)
8) Ideen Azman (21, Melaka)
9) Mierul Aiman (23, Putrajaya)
10) Syazani Zainal (19, Selangor)
11) Zaid Erakad (23, Selangor)
12) Zaim Yazid (22, Selangor)
Hero Remaja 2021 bakal menyaksikan pelbagai cabaran utama yang perlu diharungi oleh kesemua 12 finalis bagi melihat potensi dan kelebihan masing-masing sebelum seorang juara dinobatkan sebagai juara pada pusingan final kelak.
Program pencarian Hero Remaja 2021 akan menemui penonton selama lapan episod pada setiap Sabtu, jam 9.00 malam mulai 11 September 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan On Demand.
Program kegemaran ramai ini akan menampilkan juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae dan juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar sebagai pasangan hos yang akan menceriakan hujung minggu anda.
Selain itu, juara Dewi Remaja 2005/2006 iaitu Scha Alyahya juga akan kembali ke kerusi juri tetap. Sebelum ini, Scha pernah menggalas tanggungjawab itu semasa program pencarian Hero Remaja 2020.
Kali ini, Scha akan bergandingan dengan pelakon, pengacara, penerbit, pengarah dan usahawan terkenal, Dato’ Rosyam Nor. Pemilihan Dato’ Rosyam dibuat selepas mengambil kira pengalaman beliau dalam pelbagai cabang bidang seni dan kebolehan beliau menggilap bakat baharu selama beliau bertapak dalam industri seni.
Pengalaman bersama-sama 12 finalis Hero Remaja 2021 ini turut boleh disaksikan menerusi laman digital dan media sosial Majalah Remaja. Mulai 22 September 2021, 8 buah ‘webepisode’ baharu akan disiarkan menerusi saluran YouTube Majalah Remaja sebagai hiburan tambahan para peminat yang ingin menyaksikan keletah dan gelagat setiap finalis secara up-close & personal.
Untuk pengetahuan, bukan hanya gelaran juara Hero Remaja 2021 yang akan menjadi rebutan. Malah, dua lagi kategori berasingan iaitu Hero Inspirasi dan Hero Favourite juga boleh dibawa pulang oleh mana-mana finalis semasa acara final.
Untuk mengundi Hero Favourite bagi edisi ini, anda boleh melayari laman web www.remaja.my/hero pada setiap hari dan menekan butang ‘vote’ pada profil hero kegemaran anda. Undian akan terus dibuka sehingga acara finale.
Pencarian Hero Remaja turut meraikan kehadiran penaja, NIVEA Men yang akan mempersiapkan para finalis dan mewarnai lagi intipati program sepanjang musim ini.
Bagi mengikuti info terbaru mengenai pencarian Hero Remaja 2021, kunjungi laman web www.remaja.my/hero, Facebook [majalahremaja] dan Instagram [majalahremaja].