Hiburan
12 Hari Lagi Nak Kahwin, Sharnaaz Ahmad Bagi ‘Pick-Up Line’
Menjelang hari bahagianya, pelakon Sharnaaz Ahmad telah memuatnaik sekeping foto ‘pick-up line’ di akaun Instagramnya.
Menerusi entri tersebut Sharnaaz telah menulis kapsyen yang sangat simple tapi sweet dan membawa maksud yang sangat mendalam.
“Dalam maksud nih .. sama sama kita pikiaq kan :)”
Bertuah Noor Nabila dapat bakal suami romantis macam Sharnaaz Ahmad! Kalau sebelum ini Sharnaaz sering dianggap ‘garang’ nampaknya Noor Nabila telah berjaya mencairkan pelakon kacak tersebut.
Sebelum itu pun, Sharnaaz memuat naik sekeping foto bakal isterinya itu memakai tiara persis seorang puteri dan telah memuji wanita pujaan hatinya itu.
Mana-mana wanita pun, kalau kekasih, bakal suami atau suami mereka melakukan perkara sama seperti Sharnaaz pun, pasti akan cair macam mentega dijemur tengah panas!
19 days to go , makin hari makin lawaaa and may Allah berkati perhubungan ini dan masjid yg bakal di bina.. kita manusia cuma hambanya.. yg tak elok kita perbaiki #sharnaaznabila
Selain Sharnaaz, Noor Nabila turut berkongsi perasaan terujanya dengan memuat naik foto kad jemputan perkahwinan mereka yang sangat cantik dan mewah!
Kad bertatahkan batu Swarovki itu turut menarik perhatian ramai.
Majlis perkahwinan Pelakon drama bersiri Awak Sangat Nakal itu dengan kakak kepada pengacara MeleTop, Neelofa bakal berlangsung pada 31 Mac ini.