"12 Years For Us, 10 Years For Them" - Sazzy Falak & Ashraf Sinclair Kongsi Tarikh Anniversary!

Asraf Aided
November 9, 2018 10:11 MYT
Selebriti popular Sazzy Falak menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 semalam.
Sazzy berkongsi beberapa foto yang diambil ketika makan malam bersama suaminya, Nash Idrus sempena meraikan hari istimewa itu.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Lebih menarik lagi, pasangan selebriti ini berkongsi tarikh ulang tahun dengan Ashraf Sinclair dan isterinya, Bunga Citra Lestari yang turut menikmati makan malam di restoran yang sama malam tadi.
"12 years for us, 10 years for them.
"10 years ago, Nash and I spent our second anniversary helping out at their wedding in Jakarta.
"Kami gembira kerana berkongsi tarikh ulangtahun perkahwinan yang sama," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Sazzy memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan buat rumah tangganya bersama Nash.
#Sazzy Falak #Bunga Citra Lestari #Ashraf Sinclair #Nash Idrus