Personaliti media sosial yang juga adik kepada Noor Neelofa, Ameera Khan meluahkan rasa gembira dan bangga apabila dirinya berjaya mengkhatam Al-quran sebanyak tiga kali pada tahun ini.
Menurut Ameera atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan, dia sudah berjaya mengkhatam Al-quran sebanyak 13 kali sepanjang berusia tujuh hingga 21 tahun dan dia berjaya menamatkan bacaaan pada hari terakhir 2021.
“Saya cuba untuk khatam Al-quran dua kali setiap tahun sejak saya 16 tahun tapi ada yang jadi, ada yang tak jadi. Sebenarnya tahun ni saya khatam tiga kali.
“Sekali ketika sebelum bulan puasa, kemudian Rejab, Syaaban dan Ramadan saya khatam lagi sekali dan saya berpuasa sepanjang tiga bulan tu. Lepas Ramadan saya mulakan lagi sekali, alhamdulillah saya khatam kali ketiga pada hari terakhir 2021.
“Memang saya nak menghabiskan tahun ini dengan khatam Al-quran, alhamdulillah dapat.
“Saya start mengaji pada usia 7 tahun dan sehingga saya berusia 21 tahun pada bulan Disember lalu, jadi 7 hingga 21 tahun, saya dah khatam Al-quran 13 kali, alhamdulillah,” ujar Ameera ketika dihubungi Gempak.
Menjadikan surah Ar-Rahman sebagai kegemarannya, Ameera mengikuti kelas mengaji bersama ustazah dan kadang-kala bersama ibunya, Datin Noor Kartini pada setiap selepas subuh dan maghrib.
“Kelas mengaji saya one to one bersama ustazah tapi kadang-kadang selepas subuh atau maghrib, saya akan mengaji bersama mama.
“Tapi kebanyakannya saya mengaji dengan ustazah dan selepas kelas, saya akan terus mengaji sendiri sebab alhamdulillah saya pun dah lancar dan sebab nak cepat kan khatam tu, saya akan mengaji pada bila-bila masa yang saya mahu,” jelasnya lagi.
Menceritakan perubahannya yang sudah berhijab dan cemerlang menghabiskan bacaan Al-Quran sebanyak tiga kali pada tahun 2021, Ameera cukup berbangga dengan dirinya walaupun dia bermula dengan langkah yang kecil.
Malah, dia juga berazam untuk melangkah ke tahun 2022 dengan niat mahu menghafal surah-surah Al-quran.
“Saya sebenarnya sangat gembira dengan diri saya sendiri alhamdulillah, 2021 tahun yang banyak mengubah saya sebab saya rasa saya masih muda tapi saya ada keberanian untuk pakai tudung walaupun belum sepenuhnya, saya bangga dengan diri saya sendiri.
“Walau apa pun cakap-cakap orang, saya sangat bangga dengan diri saya sebab mulakan semua ni walaupun dengan langkah yang kecil, saya sangat gembira, sangat sangat gembira.
“Azam saya untuk tahun 2022 dari sudut keagamaan, saya nak berpuasa sepanjang Rejab, Syaaban, Ramadan, khatam Al-quran sekurang-kurangnya tiga kali dan hafal beberapa surah.
“Saya ada senaraikan beberapa surah yang saya nak hafal sebab alhamdulillah Allah bagi saya cepat hafal jadi saya rasa, saya dah boleh mula hafal surah-surah yang panjang. Mana tahu, boleh hafal seluruh surah dalam Al-quran,” katanya di akhir perbualan.
Azwa Rahman
Sat Jan 01 2022
The Hardest Singing Show Bakal Cabar Kreativiti ‘Shownmanship’ Peserta!
Astro mempersembahkan program realiti terbaharu, 'The Hardest Singing Show', sebuah program kompetitif yang buat pertama kalinya mempertaruhkan 'showmanship' sebagai kriteria utama penjurian diikuti dengan vokal barisan penyanyi-penyanyi hebat tempatan.
Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya Ruhainies - “Saya Minta Maaf Sebab Jadi Kepochi”
Emma akui kesilapannya.
Sarah Yasmine Spill The Tea Lagi, Kongsi Mesej Romantis, Komplot Aliff Aziz & Ruhainies Nak Jatuhkan Bella Astillah?
Sekali lagi wanita yang dikenali sebagai Sarah Yasmine menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dipercayai aktres Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz.
Viral Di TikTok, Hazrat Muaz Disambar Jadi Pelakon & Pengacara! - "Mulanya Saya Buat Suka-Suka Je"
Hazrat Muaz terima tawaran berlakon dan mengacara.
Nadeera Lantunkan Lagu 'Udara', OST Drama Bersiri Framed Lakonan Meerqeen & Mimi Lana
Juara Big Stage musim kelima, Nadeera Zaini tampil dengan single terbaharu berjudul Udara yang menjadi runut bunyi drama bersiri Framed, lakonan hebat Meerqeen dan Mimi Lana.
“Kalau Ada Jodoh Dengan Zul Ariffin Ada, Kalau Tiada Maka Tidak Ada” - Gayatri
Penerbit filem terkemuka tanah air, Gayatri Su-Lin Pillai masih tidak mengesahkan khabar angin bahawa dia adalah wanita yang disebut-sebut bakal menjadi isteri aktor popular, Zul Ariffin. Ketika ditemui Gempak, Gayatri masih merahsiakan status sebenar hubungannya bersama Zul. Menurut Gayatri, dirinya lebih selesa untuk berdiam diri dan berpegan
Tak Sangka Jadi Viral Hiburkan Geng Traffic Jammed, Aishah Terkejut - “Siap Ada Yang Pusing Balik Nak Tengok”
Siap ada yang pusing balik tau.
Datuk Red Mengaku Gagal Jadi Suami Yang Baik – “Orang Tengok Mungkin Senang Untuk Kahwin Dua Tapi Sebenarnya..”
Usahawan, Datuk Seri Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red akui telah gagal untuk menjadi seorang suami yang baik kepada isteri-isterinya.
Bella Astillah Dedah Sebab Kenapa Dia Ikuti Sarah Yasmine Di Instagram
Pelakon Bella Astillah tidak terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh wanita bernama Sarah Yasmine mengenai skandal yang terjalin bersama suaminya tempoh hari. Ujar Bella, wanita itu merupakan salah seorang individu dalam senarai 11 wanita yang pernah menjalinkan hubungan dengan Aliff. “Jujurnya saya tidak terkejut sebab nama dia ada dalam sen
Video Wanita Free Hair Dikucup Lelaki Didakwa Mirip Rossa Sera, Ini Penjelasan Tuan Badan! - “Itu Semua ..."
Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi. Apa yang lebih menarik perhatian adalah a